Bila tengok pada luaran seperti seorang ‘gengster’, dengan memakai rantai leher besi, bersinglet dan muka yang garang! Namun bak kata pepatah omputeh, ‘dont judge a book by its cover’, walaupun luarannya begitu namun siapa sangka lelaki ini ‘anak mak’!
Terkenal di laman Tiktok, Muhammad Mikhael Sathayah, 39, dengan ibu, M Muniamah, 73, yang digelar ‘mak titew’ sangat erat biarpun berlainan agama kerana pemuda berasal dari Tambun, Perak itu memilih memeluk Islam.
Gelagat menghiburkan Muhammad Mikhael yang turut mengelarkan diri ‘muka gengster’ mendapat perhatian warganet sejak beberapa bulan lalu di platform tersebut.
Pemuda itu kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan konten menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej ‘gengster’.
Muhammad Mikhael berkata, biarpun mereka berlainan agama, ibunya tetap menerima ketentuan itu dengan hati terbuka malah hubungan mereka kekal erat dan saling menghormati.
Menurutnya, keputusannya memeluk Islam pada 2018 diterima ibu malah wanita itu turut menggalakkan dia menjadi Muslim yang baik biarpun keputusannya mendapat pelbagai reaksi orang sekeliling.
Katanya, sebelum ini dia merasai kekosongan dalam jiwa biarpun secara luaran tampak berjaya dan bekerjaya dengan pendapatan lumayan namun dia sebenarnya sentiasa mencari erti kehidupan.
“Sebelum ini, saya bekerja di kelab malam selama 10 tahun sejak usia 18 tahun. Ketika itu memang tidak pernah melihat matahari, pergi kerja jam 6 petang, pulang pula awal pagi menghampiri Subuh.
“Kehidupan ketika itu terasa kosong serta tidak bahagia terutama selepas pemergian ayah pada 2003. Saya mencari dan mengejar dunia, semakin hari semakin kosong hati saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, hatinya mula terjentik dengan Islam sejak 2008 selepas mendalami beberapa agama apabila mendengar satu suara ‘aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan pada kamu terima sajalah’ sebelum dia menemui jalan ‘penamat’ pada 2018.
Ads
Dalam tempoh 10 tahun, anak bongsu daripada dua beradik itu melawan dan berperang dengan dirinya agar tidak memilih Islam tetapi mengakui sepanjang tempoh itu, dia sudah mengalami perubahan positif seperti meninggalkan tabiat beli nombor ekor, minuman keras selain semakin menyayangi ibu dan berasa tenang setiap kali mendengar azan serta mahu ke masjid.
“Tetapi saya masih lawan perasaan itu, berperang dengan diri. Saya cakap saya tidak akan memeluk Islam. Selepas berhenti kerja di kelab, saya kerja di taman tema di Tambun dan rezeki saya mencurah dan dinaikan pangkat.
“Satu hari hidayah kedua datang apabila berlaku kejadian yang saya anggap hampir meragut nyawa berikutan berasa sangat sakit di dada hingga saya merasakan itu adalah saat pengakhiran hidup.
“Ketika rebah dan mahu menghubungi ambulans, azan Maghrib berkumandang dan saya cakap kalau saya tak mati, saya nak masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Rasa sakit itu kemudiannya beransur hilang,” katanya yang kini sudah berhenti kerja dan menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.
Muhammad Mikhael berkata, selepas itu, dia sempat berfikir jika ia hanya mainan perasaan sebelum tekad sepenuhnya memeluk Islam selepas seminggu kejadian berlaku.
“Saya rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dengan tenang di pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 20 September 2018.
“Sebelum ke pejabat agama, saya beritahu mak terlebih dahulu hasrat masuk Islam. Mak terdiam serta terkejut, tetapi kemudian senyum dan beri kebenaran,” katanya.
Ads
Menurutnya, pilihannya ini turut membawa kepada cakap orang sekeliling yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, bukan seorang ibu yang baik dan terlalu memanjakannya namun semua itu tidak dihiraukan dan wanita tersayang terbabit tetap menerimanya.
“Saya sangat berterima kasih kepada mak yang sentiasa bersama saya sehingga kini, mak hadiahkan saya sejadah dan temankan saya ke masjid.
“Walaupun kami berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya kata panas tetapi mak kata tak apa.
“Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak mahu tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak.
“Persepsi yang mengatakan mak hilang anak, kami tidak boleh bersama seperti sebelum ini ternyata salah. Hakikatnya kami masih bersama asalkan saya tahu batas agama. Bagi saya, mak segala-galanya dan saya sangat menyayanginya,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhammad Mikhael berkata, dia mengakui hidayah kedua sangat jelas dan terang namun perjalanannya sebagai Muslim masih terlalu panjang.
Ads
Katanya, tahun pertama bergelar mualaf dia tidak menunaikan solat dan semuanya berubah selepas berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang dilarang dalam agama.
Mengakui dirinya kini tenang dan jiwanya juga tidak berasa kosong, dia juga masih berusaha menjadi Muslim yang baik dan sentiasa mendalami Islam.
“Saya berterima kasih kepada rakan, Cef Tarmizi, Abang Fitri dan Abang Ijan yang banyak membimbing dan menghadiahkan sejadah serta al-Quran kepada saya,” katanya yang turut menghargai bantuan rakannya, DJ Fluffy berikutan banyak membantu di saatnya susah dan senang.
Berhubung video TikToknya, Muhammad Mikhael berkata, dia hanya menjawab soalan pengikutnya dan tidak menyangka akan tular hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
“Saya memang tidak pernah cerita dalam TikTok mengenai agama, jadi apabila ramai bertanya, saya ambil keputusan bercerita dan mungkin juga sudah sampai masanya. Saya akan menjaga imej Islam dengan baik termasuk dalam konten.
“Memakai baju merah jambu itu pada mulanya untuk menghiburkan rakan yang berasa lucu melihat saya pakai ‘t-shirt’ merah jambu ke ‘gym’ dan wajah gengster itu juga hanya imej saja,” katanya.
Sumber : Harian Metro
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah tular sebelum ini dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata menghulurkan salam simpati atas penderitaan yang dialaminya. Dalam usia yang masih kecil, dia sudah diduga ujian yang cukup hebat.
Terbaru, menerusi laman instagram ayahnya yang berkongsi berita gembira, Ainul pakar di United Kingdom sudah bersedia untuk merawat penyakit ketumbuhan dibahagian mulut yang dihadapi Ainul.
Pakar perubatan di United Kingdom (UK) sudah memberi maklum balas bagi melakukan merawat terhadap Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan di bahagian mulutnya.
Menerusi laman Facebook Ahmad Safiuddin, dia berkata Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini berkerja di sebuah hospital di UK turut menyertai rawatan tersebut.
Dr. Amalina & team sudah respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
Rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan merawat bayi berusia lapan bulan itu dipermudahkan sempena bulan penuh keberkatan ini.
eira_rahman94 Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan ainul.. moga Ada keajaiban Di Bulan Ramadan ni buat adik ainul…
puansri_alizanoor_mohdnoor Tqsm @dramalinabakrisempena bulan mulia ini.. allah angkat darjat buat Dr… kami yg tidak termampu hanya mampu berdoa agar semua berjalan dgn sempurna dan berjaya.. aamiin ?
azibeemamajara Alhamdulillah…syukur ya allah…semoha allah permudahkan seluasnya utk awak sayang….?
ayatoyui1432 Ya Allah mudahkn segala2 urusn ank ainul…juga ibu bapa ainul…yg sentiasa mencari jln tuk mengubati ank syurga ini..moga Ramadhn ini memberi rahmat ke ats keluarga ini…dilindungi oleh mu Ya Allah..?????
natrah_daleela7 semoga allah mudahkan awk bby syg….dan semoga awk blh menjalani khdupan sperti bayi2 yg lain…we pray of you syg…bantuan allah sgt ajaib….
hadzelinyusof Alhamdulillah. Semoga ada keajaiban dri Allah swt.
iffnadeeya Alhamdulillah… Moga ada sinar buat adik ainul mardhiah dgn berkat Bulan Ramadhan
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira tiga bulan lebih lalu, ramai antara kita mempunyai hobi baru iaitu berkebun. Malah dalam tempoh itu, banyak grup ‘tumbuh’ di media sosial.
Menariknya, grup ini berkongsi mengenai cara menanam tanaman dan tip membuat baja. Selain membeli baja, ada juga petua untuk membuat baja secara organik.
Apa kata lihat cara buat baja ni. Menariknya apabila menggunakan dua bahasa aje iaitu telur dan yakult. Mudah kan.
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kos nya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokokCampurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup. Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air. Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur. Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh! Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun. Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri. Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang. Hidup telur
Selamat mencuba! Memang mudahkan.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Arwah Nurin Jazlin dah 25 tahun rupanya, ucapan hari lahir bapa buat warga maya sebak. Biarpun sudah 17 tahun berlalu, namun kisah tragis menimpa seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan masyarakat.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Arwah Nurin Jazlin Dah 25 Tahun Rupanya, Ucapan Hari Lahir Bapa Buat Warga Maya Sebak
11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak yang dibunuh kejam 17 tahun lalu,
Bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil memuatnaik ucapan hari lahir menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Dalam hantaran tersebut, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran Jazimin dibanjiri dengan ucapan hari lahir berserta takziah. Ramai yang mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham.
Berikut antara komen-komen warga maya:
INFO TENTANG KISAH NURIN JAZLIN JAZIMIN
*Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
*Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
*Pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
*Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Identiti penyerang masih bebas dan kes masih belum selesai sehingga hari ini.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.