Kasih seorang ibu, meskipun sudah dimamah usia namun demi anak, sanggup berkorban apa sahaja.
Itulah situasi yang sesuai digambarkan buat bintang veteren, Uji Rashid yang kini sudah berusia 70 tahun namun setia menjaga anak tersayang yang juga pelakon, Cico Harahap.
Memetik laporan Berita Harian, banyak cabaran yang perlu dihadapi Uji bagi menyembuhkan Cico yang mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa tahun lalu.
Biarpun Cico atau nama sebenar, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 45, beransur pulih, masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan putera kesayangannya itu sejak 2016, cukup merisaukan dirinya sebagai ibu.
“Masalah itu memberi kesan kepada otak, jantung dan vokal Cico. Akibatnya, Cico tidak pandai membaca dan tidak kenal huruf.
“Malah, Cico tidak kenal saya dan anaknya serta tidak boleh bercakap. Ini semua berlaku ketika saya menghadiri pengebumian seorang rakan artis,” dakwanya kepada BH Online.
Uji teringat sekembalinya dari majlis pengebumian bintang legenda itu, beliau mendapati Cico yang sebelum itu menghadiri sambutan hari jadi kenalannya, terbaring di katil.
Berikutan peristiwa hitam itu, Uji mengaku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan masyarakat. Disebabkan tidak mahu memberi persepsi buruk terhadap musibah menimpa anaknya itu, Uji lebih selesa mendiamkan diri.
“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.
“Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.
Ads
“Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.
“Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.
“Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.
“Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun,” katanya yang membuat laporan polis terhadap kes menimpa Cico.
Uji kemudian diduga masalah kewangan selepas membawa Cico menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Sehubungan itu, Uji berikhtiar menghubungi beberapa pihak, termasuk persatuan seni.
Ads
Namun, dakwanya, permintaannya tidak mendapat maklum balas baik. Akhirnya, Uji dibantu rakan bagi melangsaikan bil rawatan Cico.
“Alhamdulillah, hasil bantuan kewangan daripada rakan, saya dapat bayar rawatan Cico seperti ujian imbasan X-Ray, ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan dan bayaran tinggal di wad.
“Syukur, saya ada kawan-kawan yang membantu dari segi kewangan dan yang memberi saya kekuatan.
“Jujurnya, banyak yang sudah saya lalui. Malah, ada yang dakwa saya sendiri meracun anak. Macam orang gila apabila orang buat kita sampai begitu sekali,” katanya.
Uji memberitahu, beliau turut menerima bantuan rakan industri seperti Ashraf Muslim dan Sharifah Khasif.
“Ashraf Muslim datang melawat Cico dan dia beri beberapa surah untuk Cico hafal. Sharifah Khasif pun tolong. Pusat tahfiz ada bantu merawat masalah Cico.
Ads
“Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.
“Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulillah,” katanya.
Berikutan itu, Uji mengakui sambutan Aidilfitri sejak Cico sakit, hanya sederhana. Tiada sambutan meriah buat keluarga kecil, namun Uji bersyukur apabila anaknya, Cico beransur pulih.
“Kami hanya raikan dengan apa yang ada, persiapan pun tiada,” katanya
Mula aktif sejak era 1970-an, Uji dikenali sebagai artis versatil dengan bakat lakonan dan suara merdu.
Banyak merakamkan lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave.
Filem lakonan seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin masih dikenang sebagai antara karya terbaik Uji.
Apabila kita telah berkahwin bukan sahaja untuk berkasih sayang bahkan ia datang dengan tanggungjawab. Sama ada suami atau isteri kedua-duanya ada jasa dan pengorbanan yang perlu dilakukan dengan ikhlas dan sepanjang melayari bahtera perkahwinan agar harmoni dan bahagia.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telaga Biru Ensiklopedia Adab dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meskipun penat di tempat kerja, namun dalam hal mengurus keluarga tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Akan ada satu semangat luar biasa untuk terus gigih berbakti dengan sebaik mungkin untuk menguruskan pasangan dan anak-anak.
Samalah kisahnya seperti pasangan suami isteri ini yang dikongsikan di tiktok milik Aizat Aliass.
Difahamkan sebelum ini Aizat Aliass pernah ditahan di sebuah pusat perubatan di Kota Tinggi akibat penyakit semput. Apa yang menyentuh hatinya, meskipun isterinya seorang nurse yang sedang sarat mengandung namun selepas tamat shift di Hospital JB tetap gigih pergi ke Hospital Kota Tinggi semata-mata demi membantu mengurus suami tercinta.
Setelah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, Aizat ingin membalas jasa baik yang diberikan oleh isterinya yang selama ini sudi menjaganya dalam tempoh dia menerima rawatan di hospital dengan sesuatu yang istimewa.
Sejurus pulang dari tempat kerja, isterinya terkejut dan teruja apabila terlihat ‘surprise’ yang diberikan oleh suaminya. Meskipun sekadar menyediakan menu yang dimasak sendiri, namun cukup bermakna. Mampu membuatkan isterinya tersenyum bahagia.
Video yang dikongsikan ini memaparkan pasangan ini begitu bahagia dan telah meraih jutaan tontonan wargamaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Aizat kerana dikurniakan isteri yang juga seorang ‘misi’ yang cukup penyabar. Dan dalam pada masa netizen juga memuji usaha yang dilakukan olehnya untuk menghargai isteri tercinta.
“kesian cik misi ..dengan bwk perut lagi…pahala berlipat ganda utk mu cik misi ..inshaallah🥰🥰, tulis Wann Evans
Manakala komen Putri Maya pula ,” nurse for patient, nurse for husband, wife for hubby and mom to be.. Allahu… banyak nye pahala dia…”
“isteri la shbt kita donia akhirat yg setia masa suka dn duka kita so jaga la hr dn prasaan dia k,” pesan Mei puluit 5159
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu bapa tentunya jauh di sudut hati kita ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam membina kerjaya bila telah dewasa kelak. Bahkan bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga, insyaAllah.
Begitu juga yang diharapkan oleh Lisa Surihani, mahukan yang terbaik kepada anak-anaknya iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne serta Yunos Laith.
Meskipun ibu kepada tiga cahayamata ini pernah bergelar anak seni, namun dirinya tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya di dalam dunia lakonan. Apatah lagi usia mereka masih kecil.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak–kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
“Saya terungin melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Menerusi laporan Gempak, Lisa ada memberitahu dia tidak boleh membuat keputusan lagi namun sebagai ibu pastinya dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Meskipun begitu, Lisa meluahkan rasa keterujaan apabila kedua–dua anaknya, Yahaira dan Yusof terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd.
Kemunculan Satu Keluarga
Sebelum menerima tawaran Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa mengambil sedikit masa untuk memikirkan keselesaan kedua–dua anaknya.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa mereka bersama, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Bila mereka dah berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” ujarnya.
Lazimnya setelah memasuki usia 50 tahun ramai yang mula mengurangkan kesibukkan dalam urusan hariannya. Ketika ini ada yang mula merancang bersara awal, malah ada juga yang sedang siap sedia menunggu tempoh bersara yang ditetapkan oleh kerajaan.
Apa yang pastinya, pada usia ini sudah tentu cara hidup akan berubah termasuk soal kewangan.
Sudah tentu kita tidak mahu hidup dalam keadaan berhutang dan liabiliti lain. Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian perunding kewangan ini, Mohd Shukur
Panduan untuk mereka yang berumur 50-an dan ke atas
1) BELI KERETA TUNAI SAHAJA JIKA UMUR ANDA 50 & KE ATAS.
Jika anda dah berumur 50-an dan nak beli kereta, ingatlah jika anda tak mampu beli secara tunai ianya bermakna anda tak mampulah memiliki kereta itu. Carilah kereta yang anda mampu beli secara tunai.
Ada orang kata orang kaya tak beli tunai, mereka pun beli hutang juga. Yea itu betul juga, tapi ingatlah… ansuran kereta itu dibayar hanya dari duit dividen simpanan mereka sahaja. Mereka tak gunakan duit dari pendapatan aktif / gaji atau duit simpanan apatah lagi duit persaraan.
Semua ansuran atau maintenance cost datangnya dari pendapatan dividen sahaja. Ini bermaksud jika dividen 4% dan ansuran kereta 1500 sebulan, hanya golongan yang ada simpanan tunai 500K sahaja boleh beli secara berhutang ( loan ).
2) APA RISIKO BELI KERETA MEWAH JIKA ANDA SUDAH BERUMUR.
Jika anda sudah tiada nanti, anak-anak anda terpaksa menanggung bebanan kos kereta mewah. Jika anda membeli tunai pun, banyak lagi kos kereta mewah yang mereka warisi :
~ Insurans kereta. Lagi mahal kereta lagi tinggi bayaran premium insurans akan ditanggung.
~ RoadTax. Bagi kereta 2500cc ke atas, anak-anak anda akan menanggung bebanan kos roadtax yang mahal.
~ SpareParts, Wear & Tear, Kos pembaikian dan pemeliharaan kereta mewah setelah berusia 5 tahun kereta amatlah mahal untuk ditanggung oleh anak2 atau isteri anda.
~ Jual aje lah kereta. Cakap memanglah mudah. Jika kereta dah melebihi 10 tahun, anak-anak anda kena cari Cash Buyer sebab lebih 10 tahun dah tak boleh finance kan. Jika kereta yang masih ada hutang bank, nilai jualan mungkin lebih rendah dari outstanding loan. Kena pulak anak-bini anda top-up untuk menghilangkan bebanan.
3) MOTORHOME
Hari itu ada yang tag saya kat satu posting tentang seorang pesara yang gunakan duit persaraannya untuk beli motorhome. Ini adalah pandangan saya, jika tak manfaat abaikan sahaja yea
Carilah dalam buku financial planning mana pun, tidak ada satu buku pun yang menyarankan anda beli motorhome bila sudah berumur apatah lagi bersara. Kecualilah anda sememangnya kaya….
Motorhome ini adalah trend pesara-pesara kaya di negara-negara yang besar dan luas seperti di Eropah, Australia, New Zealand … di mana makan bulan jika nak travel di negeri sendiri.
Di negara tersebut gaji lebih tinggi dan simpanan mereka pun tinggi sementara harga kenderaan lebih murah pula. Tapi ramai juga yang menyewa. Kalau di Australia contohnya, dorang travel dari Sydney ke Melbourne pun saya tengok ambik masa 2-3 hari, itu ikut hiway. Kalau ikut jalan biasa pergi ke Adelaide dan lalu ladang-ladang tu mahu 4-5 hari baru dorang sampai. Dan ramai darinya menyewa motorhome tu, tak beli pun.
Malaysia ni kalau dari Shah Alam ke Kedah tu pergi lepas sarapan, sebelum zohor dah sampai. Ambik hotel bajet lagi jimat, selesa dan bersih. Motorhome ni kalau buang air besar dalam tu habis sepanjang perjalanan “berbau” , bising pasangan anda atau anak nanti. Sendiri maybe tak kisahlah, tapi yang lain kisah kat bau tu.
So bagi saya lebih baik sewa jer kalau takat nak pakai dalam Malaysia. Takyah pening-pening nak bincang sana sini, survey sana sini cari spare part dll. Jangan leburkan duit persaraan anda kepada benda-benda yang akan jadi besi buruk nanti.
Akhirnya anak-anak terpaksa mewarisi bebanan kos yang tinggi. Bukan senang dorang nak cari buyer untuk jual nanti.
Ingatlah juga, kehidupan paling menyedihkan dalam hidup seseorang ialah jika dia jatuh miskin atau menjadi sangat miskin dan papa di usia tua. Situasi ini berlaku jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan tua yang sudah pasti akan sakit-sakit sana sini.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...