“Kasih Seorang Ayah.” Lelaki Ni DIY Meja Belajar Untuk Anak Perempuan, 2 Minggu Siap. Simple, Kemas & Jimat Ruang!

Share

Demi keselesaan dan memudahkan anak-anak, si ayah ini cuba buat sendiri meja belajar buat si anak. Walaupun pertama kali bertukang, namun hasilnya tidak mengecewakan.

Simple  tapi nampak cantik, kemas dan yang penting anak-anak suka kan. Dalam tempoh  dua minggu meja belajar berjaya di siapkan oleh si ayah. Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Yuzi Azwa Yaamat.

Kasih seorang ayah…. Buat tiap petang hingga lewat malam lepas balik kerja.. 2 minggu jugak baru siap.. Buah pertama bertukang.

Memula tu boleh kata saban hari poslaju kurier datang rumah hantar barang(alatan nak bertukang😆).. Alhamdulillah.. Dah siap meja belajar geng anak perempuan.

Guna kayu jenis plywood.

Guna cat jenis Dulux brilliant white gloss finish..
Tersusun kemas buku dan barangan anak.
Kasih seorang ayah untuk keselesaan anak-anak belajar.
Menarik dan nampak kemas meja ni. Lepas guna boleh lipat, jimat ruang kan.

#suamisayayangbuat.