Kasih Seorang Ayah, DIY Katil Untuk Anak Perempuan, Cantik Dah Macam Beli Di Kedai!

Share

Jika ada kemahiran bertukang ni pelbagai perkara boleh dilakukan dengan sendiri. Bila buat sendiri tu, pasti memberi kepuasan tidak terhingga apabila hasil kerja dihargai oleh ahli keluarga.

Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Roslan MN kemahiran bertukang dimilikinya membuatkan beliau berjaya menghasilan katil buat anak perempuannya. Tentu anak suka dapat katil idaman tambahan pula hasil kerja ayah tersayang.

Tambahnya lagi, anggaran bajet penyediaan katil antara RM250 hingga RM300. Biarpun, kelengkapan perkakasan tidak lengkap, usaha beliau berjaya. Katil kelihatan seakan beli dikedai.

Jadi tukang bidan terjun. Try buat ‘Wing Single Bed’ atas permintaan anak dara. Peralatan tak lengkap. Guna heavy duty stapler, kebas tangan . Alhamdulillah, siap jugak.

Ikuti lanjut perkongsian beliau. Barangkali  boleh menjadi inpirasi buat kita untuk mencuba. Nak cuba seribu daya, tak nak seribu dalih. Jom cuba buat!

DIY buat katil anak perempuan.

Papan untuk bahagian kepala katil.

Kayu katil untuk letak tilam.

Stapler kain dibahagian kepala katil.

Span boleh di beli di shopee.

Balut span grey 1inci guna gam spray.

Spray adhesive. Utk gam span tu

Tambah lagi span biru 1/2 inci. Pastu lukis camtu utk dptkan kedudukan diamond.

Tebuk span.

Buat sndiri untuk tebung lubang. Guna paip besi, antar kedai welding, mintak welding kepala atas tu

Balut batting fiber utk lebih soft. Tak nak guna pun takpe.

Kain jeni pvc leather.

Bagi yang kurang faham untuk pasang batu diamond,  boleh tengok di youtube ada ajar sis. Search je tufted headboard.

Bahagian tepi- wing. Guna stapler untuk lekatkan pvc leather

Kain lapik katil warna biru guna kain lining. Beli di kedai kain.

Lekatkan wing di kedua belah katil.

Lebihan kain untuk menutupi bahagian belakang katil. Kain lining je ni. Kat kedai jual kain ada jual. Murah je. 1 meter dlm 3-4 ringgit je. Biasanya kilang guna kain yg non woven tu. Tapi sy tak guna yg tu sbb tak tahan lama, mudah reput, koyak.

Kaki katil untuk pastikan lebih kemas.

Siap!

Dengan tunjuk ajar ini serba sedikit dapat memberi ilham untuk kita cuba bertukang buat sendiri. Sudah tentu dapat jimat!

Selamat mencuba!

Sumber: Roslan MN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club