Biarpun masih kecil namun anak sulung Puteri Sarah Liyana iaitu Syaikhul Islam dilihat sangat matang dari usianya. Dia sering meluahkan rasa sayang kepada mamanya dan tidak segan untuk menzahirkan perasaan itu melalui perbuatan.
Terbaharu melalui akaun TikTok @syamsulyus0ffilm
, sebuah video yang menunjukkan Syaikhul sedang membasuh pinggan menarik perhatian warganet. Rata-ratanya kagum dengan sikap ringan tulang Syaikhul membantu Puteri Sarah di dapur.Anak kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu turut memberitahu yang dia mahu membantu kerana dia sayangkan mamanya.
“Saya tengah basuh plate, saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mama cook hari-hari. Saya sayang mama saya, jadi saya tolong mama saya lah.”
Gelagat Syaikhul yang nampak ikhlas dan tulus itu membuatkan ramai yang memujinya sebagai anak yang cerdik dan ringan tulang.
Jom tonton video ni;
@syamsulyus0ffilm ‘Siapa tuhan kamu wahai anak’Syaikhul- Allah’Siapa pemimpin kamu’Syaikhul- Rasulullah, Nabi Muhammad’Ok i love u my son’#fyp ♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm
Pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik dan soleh. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah penah berkahwin pada tahun 2014 dan mereka akhirnya memilih jalan untuk berpisah sekitar bulan Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 7 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my