“Kasih Ibu Bawa Ke Syurga, Kasih Ayah Berkorban Nyawa.” Gadai Nyawa Jadi ‘Benteng’ Demi Selamatkan Anak, Sebak Baca Pengorbanan Ibu Bapa Ni!

Share

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kalau dah nama ibu bapa, pasti semua sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun demi untuk anak yang disayangi.

Demikian juga pada pasangan suami isteri yang mana sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak perempuan mereka dari dijilat api selepas flat kediaman mereka terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Liwan, Guangzhou itu, suami isteri itu menjadi ‘benteng’ dengan memeluk kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas mereka terperangkap di tepi tingkap yang berjeriji besi.

Difahamkan, pasukan bomba Guangzhou dengan kekuatan 16 jentera dan 99 anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran untuk menyelamatkan mangsa dengan meletakkan sebuah tangga yang besar untuk sampai ke tingkat lima flat tersebut.

Malangnya, sebaik sahaja anggota bomba berjaya mendapatkan mangsa, mereka mendapati ibu kanak-kanak itu sudah meninggal dunia sementara bapanya kritikal akibat melecur.

Kanak-kanak itu pula selamat dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut pihak bomba, kebakaran bermula di tingkat enam flat tersebut sebelum merebak ke tingkat bawah yang didiami keluarga mangsa.

Sementara itu, saudara mangsa yang dikenali sebagai Zhang berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, api sudah menjadi terlalu besar menyebabkan usahanya untuk menyelamatkan mangsa gagal dan dia kemudiannya meminta bantuan pihak bomba.

Menurut Zhang, kanak-kanak yang terselamat itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, yang mana dua lagi tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

 

Berita tersebut membuatkan warganet tersentuh hati dan sebak. Rata-rata memberikan ucapan takziah dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Syakir Ehh Besar betulkan kasih sayang mak ayah ni…… tapi lebih besar kasih sayang Allah pada hambanya…

Nor Haidah Haizul Allahu..itulh hakikat kasih seorg ibu ayh kpd ank2 mrk

Rohana Tahir Pengorbanan ibu dn ayah. Sangup bergadai nyawa ?

Mekk Ta tak sanggup baca..terlalu sedih.

Amoy Comel pengorbanan seorg ibu sggup bergadai nyawa demi anknye.. xpi klu ank blom tentu lg ?
Sharifah Nor Al-baity Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya ayah berkorban nyawa.
Rospidah Musa Bahayanya la grill ni..sama2 kita beringat

Sumber: kulihatlangibiru