Sesungguhnya bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih untuk menghadapi situasi yang mencabar dalam membesarkan anak. Baru-baru ini, melalui instagram adamsautismfamily, ayah Adam, Iman Wan, melahirkan ucapan bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup menguruskan anak tanpa lelah dan jemu. Juga dibantu ibu angkat adam, mama rai.
Melalui paparan video ini jelas mengambarkan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi agar adam dalam menjalani kehidupan dengan sempurna sejak disahkan mengalami austisme sejak usia tiga tahun lagi.
Coretan ayah Adam sungguh inspirasi!
View this post on InstagramA post shared by Iman Wan (@adamsautismfamily) on
Kasih seorang ayah
Ahli keluarga Adam serta mama rai
Sharifah Zarina Kongsi Detik Cemas Anak Sesat! Abang Grab Pinjamkan ‘Phone’, Tolong Hantar Balik
Ibu mana yang tidak risau kalau jam dah mencecah tengah malam, tetapi anak gadis masih belum pulang ke rumah!
Itulah yang dirasai oleh penyanyi Sharifah Zarina yang menunggu anaknya, Athalia Deena Khamis lalu yang berdepan detik cemas selepas sesat ketika mencari jalan pulang ke rumah.
Perkara ini dikongsikan oleh Sharifah Zarina sendiri menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Difahamkan Athalia yang baru selesai menghadiri sebuah majlis gagal menjumpai jalan pulang disebabkan aplikasi waze tidak boleh digunakan kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.
“Saya hairan dah pukul 12:30 malam dia tak balik-balik, saya dah panik dan risau waktu itu. Saya check guna aplikasi Friends Finder dia berada di Kepong, waktu itu saya anggap dia guna jalan belakang.
“Tapi saya hairan kenapa dia lama sangat dekat situ tak bergerak, saya rasa dia habis bateri, rupanya memang betul dia habis bateri dan wayar caj telefon pula rosak ketika itu. Malam tu juga nak rosak, tak pernah-pernah rosak.
“Dia kata dah hampir sejam pusing dekat kawasan sama, anak saya sesat di kawasan tersebut selama sejam rupanya, Allahuakbar,” katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, penyanyi yang hits dengan lagu Langit Ketujuh itu menjelaskan akhirnya Atahlia berjaya sampai ke rumah selepas dibantu oleh seorang penghantar makanan.
Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu memanjat rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Muhd Zul Naim kerana membantu anaknya.
“Athalia berhenti dekat satu stesen minyak dia pinjam telefon dekat orang di situ. Mula-mula ada yang tak bagi pinjam sebab khuatir dia penipu kan.
“Kemudian ada seorang abang grab food, dia sudi beri pinjam. Bukan itu sahaja tau, abang itu sanggup hantar dia balik sampai depan rumah. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap apa.
“Saya sampai mesej abang itu minta nombor akaun nak upah sebab dah bantu anak saya. Saya cakap dengan dia susah nak cara orang baik macam itu zaman sekarang ni.
“Dia kata ikhlas, dia hanya minta saya doakan dia dapat lebih banyak order lepas ini,” jelasnya.
Pada akhir video tersebut, Zarina turut menadah tangan dan menyebut nama Muhd Zul Naim lantas mendoakan kesejahteraan buatnya.
Sumber : Instagram Sharifah Zarina
“Kelmarin Last Vidcall. Daddy Dah Tidur Selama-Lamanya.” Sempat Belikan Anak Rumah, Pesanan Terakhir Ayah Ni Undang Sebak!
9 september pasti meninggalkan memori duka yang sukar duilupakan buat selama-lamanya oleh keluarga ini. Perginya insan yang tersayang buat selama-lamanya dalam satu kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat.
Insiden itu menyebabkan dua orang maut manakala seorang cedera. Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhammad Syauqi Azmi dan Ahmad Azhar Abdul Wahab dari Kampung Gesing, Dong, Raub.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, anak kepada salah seorang mangsa maut meluahkan rasa pilu apabila ayahnya pergi buat selama-lamanya.
Ayahnya meninggalkan 8 orang anak dan adik bongsunya baru berusia 1 tahun.
Love you forever & always, daddy❤️ pic.twitter.com/UMq64tc0wC
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Pagi sebelum daddy mengadap ilahi. Alhamdulillah diberi peluang utk tengok & cakap dengan daddy for the last time.. rindunya ya Allah pic.twitter.com/sK1w4Cqdb5
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Ya Allah, berikaah kami 8 adik beradik kekuatan… 😢😞 pic.twitter.com/Mr19zcDidg
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Adik aku paling bongsu baru umur 1tahun 11bulan. Next month birthday dia. Berikan kami kekuatan Ya Allah. 😞😢💔 pic.twitter.com/etHOLZWPpu
— Trisyia (@trisyiazhar) September 10, 2020
Dalam pada itu, ayahnya sempat membeli rumah untuk mereka sekeluarga awal tahun ini. Namun rumah tersebut masih tidak didiami memandangan rumah tersebut masih dalam pengubahsuaian.
Awal tahun ni ddy belikan untuk kami adik beradik rumah sebiji. Dia dah pesan kat kami yang kalau ddy dah tkde, dia nak anak2 dia semua berkumpul dekat sini. Baru seminggu lepas renovation rumah ni siap. Ddy excited sekali sebab dapur jadi luas. pic.twitter.com/Oox8p9TXx8
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Kejadian jam 11.30pm, pukul 10.52pm daddy dah suruh aku buat air dia sebab dia dah nak sampai kuantan….. Tp kenapa daddy tak sampai2 lagi😢💔 pic.twitter.com/XJnUIDL2ID
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Pasni esya nak buat air daddy utk sape lagi….
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Selalu pagi2 esya vidcall daddy nak tunjuk sarah bersiap gi sekolah
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Kelmarin last esya vidcall dengan daddy… daddy dah tidur buat selama lamanya pic.twitter.com/TZ364hMDKu
— Trisyia (@trisyiazhar) September 11, 2020
Sumber : Trisyiazhar
Yusoff Al Qardawi, Genap Setahun. Aliff Syukri Luah Rasa Bila Anak Ramai. Deep!
Jika kasih ibu ke syurga, kasih ayah pula setiap masa. Begitulah kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Bagi usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Aliff Syukri yang menitipkan ucapan sempena hari lahir anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi yang genap berusia setahun tanggal 25/6/2019.
“Happy birthday untuk anak abag @yusoffalqardawi_terlajaklaris yg ke 1 tahun..cptnya masa berlalu. tuptup umur abag 32 tahun… dan makin meningkat umur.. dah ada 5 orang termasuk meena. Impian abag nak ramai anak lagi kalau bomeh abg nak 10org. dulu waktu abag bru kawen umur abag 19 tahun.. skrg umur abag 32 tahun… dah tua dah abg.”
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Abag percaya stiap anak yg dilahirkan di dunia ini adalah rezeki yg diberikan daripada Allah swt…korg setuju x??? sila komen di bawah
Happy birthday untuk anak abag @yusoffalqardawi_terlajaklaris yg ke 1 tahun..cptnya masa berlalu. tuptup umur abag 32 tahun… dan makin meningkat umur.. dah ada 5 orang termasuk meena. Impian abag nak ramai anak lagi kalau bomeh abg nak 10org du.u waktu abag bru kawen umur abag 19 tahun.. skrg umur abag 32 tahun… dah tua dah abg.
Setiap anak itu ada rezeki yang tak jangka.
“Dulu bila ada anak.. abag rasa malu dan abg rasa ank tu mmbebankan dn mmberikan kos tggi..maklum la kos makin meningkat.. susu lagi dan mcm2 .. Tpi sbnarnya bnde tu tk btol.. abag yakin tiap kali anak tu lahir adalah memberi rezeki yg tk jangka dan Allah swt akan memudahkan segalanya..
Hari ini abang happy sangat dan inshaAllah malam ni abang raikan majlis kecil kecilan bersama family abang
Siapa nak abag posting vedio majlis birtdy malam ni?? kalau ramai yg komen “sy nak” malam ni sy posting ok.”
Membesar sebagai anak yang comel
Dalam pada itu, para netizen serta rakan artis memberikan ucapan hari jadi dan memberikan doa semoga menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Untuk rekod, nama Yusoff al-Qardawi diinspirasikan dari nama seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal iaitu Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi. Pasangan ini menanti selama enam tahun untuk mendapat cahaya mata yang keempat akhirnya menjadi kenyataan. Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 iaitu selama 11 tahun mereka telah mendirikan rumahtangga dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham serta anak angkat iaitu Ameena.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris