Di sebalik kesakitan yang ditanggung, seorang bapa tetap cekal melakukan latihan pernafasan menggunakan ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’. Kasih seorang ayah, tiada penghujung, sanggup berjuang demi keluarga walaupun tubuh sendiri lemah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik anaknya yang dikenali sebagai Dr Zulkifli, bapanya sedang bersiap sedia untuk menjalani operasi pemindahan buah pinggang buat dirinya pada hari ini (19 November).
Menerusi kapsyen, paling menyentuh hati apabila Dr Zulkifli mendedahkan bapanya pada awalnya adalah seorang perokok.
“Bapa adalah bekas perokok yang sangat suka Gudang Garam. Apabila dia mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya kepada saya, dia berhenti merokok sepenuhnya.”
Difahamkan, Dr Zulkifli mengalami kegagalan buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis sejak tahun 2020.
@dr.zulkifliTomorrow is the transplant day. May Allah ease everythings♬ original sound – Zulkifli_Ayub
KASIH BAPA TIADA PENGHUJUNG
Lebih menarik perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kecekalan seorang bapa yang tidak mengenal erti lelah demi kesihatan anaknya.
Dalam masa yang sama, ramai menitipkan doa agar pembedahan tersebut berjalan lancar dan bapa itu dikurniakan kesihatan yang baik di masa hadapan.
Sumber: TikTok dr.zulkifli