Kasih Ayah Sepanjang Masa! Tubuh Ayah Selamatkan Anak

Share

Benarlah kata perpatah, kasih seorang ayah sepanjang masa. Sudah tentunya akan memastikan anak sentiasa selamat dan dijaga dengan baik.

Tragedi meruntun jiwa seluruh dunia yang berlaku di Christchurch, New Zealand punya pelbagai cerita kepiluan.
Begitu juga dengan salah seorang mangsa tembakan rambang bergelar ayah yang menyelamat anaknya berusia dua tahun daripada terkena tembakan rambang.
Beliau yang cerdera parah dengan serangan itu, sempat baring atas anaknya bagi mengelak serangan itu.
Daily Mail melaporkan, pada Jumaat lalu, Averroes dibawa ke Masjid Linwood oleh bapanya Zulfirman Syah apabila Brenton Tarrant menyerang masjid itu yang mengorbankan tujuh orang selepas membunuh 42 orang di Masjid Al Noor.
Zulfirman ditembak beberapa kali pada tubuhnya untuk melindungi anak kecilnya sebelum orang ramai berjaya mengejar dan menangkap lelaki bersenjata itu.
Rakaman selepas serangan itu menunjukkan mangsa keganasan termasuk Averroes naik ke atas bapanya ketika Zulfirman terbaring menahan kesakitan.
Averroes terkena serpihan tembakan pada kaki dan punggungnya tetapi hanya cedera ringan, sementara bapanya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Isteri Zulfirman, Alta Marie memberitahu New Zealand Heral: “Suami saya melindungi anak kami semasa serangan itu, menyebabkan dia menerima banyak peluru dan kecederaan lebih kompleks daripada Averrose.”
“Dia pulih dengan baik dan kembali ceria,” kata Alta kepada The Sunday Times.
Sumber: Harian Metro dan Daily Mail