Benarlah kata perpatah, kasih seorang ayah sepanjang masa. Sudah tentunya akan memastikan anak sentiasa selamat dan dijaga dengan baik.
Ads
Ads
Ads
Tragedi meruntun jiwa seluruh dunia yang berlaku di Christchurch, New Zealand punya pelbagai cerita kepiluan.
Begitu juga dengan salah seorang mangsa tembakan rambang bergelar ayah yang menyelamat anaknya berusia dua tahun daripada terkena tembakan rambang.
Beliau yang cerdera parah dengan serangan itu, sempat baring atas anaknya bagi mengelak serangan itu.
Daily Mail melaporkan, pada Jumaat lalu, Averroes dibawa ke Masjid Linwood oleh bapanya Zulfirman Syah apabila Brenton Tarrant menyerang masjid itu yang mengorbankan tujuh orang selepas membunuh 42 orang di Masjid Al Noor.
Zulfirman ditembak beberapa kali pada tubuhnya untuk melindungi anak kecilnya sebelum orang ramai berjaya mengejar dan menangkap lelaki bersenjata itu.
Rakaman selepas serangan itu menunjukkan mangsa keganasan termasuk Averroes naik ke atas bapanya ketika Zulfirman terbaring menahan kesakitan.
Averroes terkena serpihan tembakan pada kaki dan punggungnya tetapi hanya cedera ringan, sementara bapanya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Isteri Zulfirman, Alta Marie memberitahu New Zealand Heral: “Suami saya melindungi anak kami semasa serangan itu, menyebabkan dia menerima banyak peluru dan kecederaan lebih kompleks daripada Averrose.”
“Dia pulih dengan baik dan kembali ceria,” kata Alta kepada The Sunday Times.
Sumber: Harian Metro dan Daily Mail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua sedia maklum akan kehadiran si manja bernama Bujibu dalam famili Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Pelbagai gelagat dapat dilihat setiap kali pasangan ini mmeuat naik video mahupun gambar kucing kesayangan Yusuf Iskandar ini.
Rata-rata peminat turut memuji Bujibu, kucing kepunyaan Hanis dan Hairul yang cukup famous di Instagram.
Tapi pasti ramai yang terkejut dengan apa yang dikongsi oleh Hanis pada satu entri di Instagramnya.
“Bujibu antara yang terawal tahu I pregnant. Sebelum kami jumpa doktor pun dia dah start tidur atas perut Mommy.
“Dulu masa Yusuf pun dia buat camtu!!! Dia nak suruh diorang watch out ke,” tulis Hanis Zalikha.
Dalam kesibukkan ibu bapa menguruskan kelengkapan anak-anak di hari pertama sekolah, sebaliknya pula bagi pasangan Nur Syahidah Abdullah, 35 dan suami Zawawi Wahab setelah tiga permata hati mereka pergi menghadap Ilahi selepas lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, Ahad lalu. Mereka lemas akibat ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, Ahad lalu ketika bercuti bersama ibu saudara untuk menghabiskan cuti sekolah.
Aturan Allah tak siapa mampu menduga dan tiada siapa mampu menghalang, kematian Nurain Fatma Zawawi, 11, Nurain Sofea, 10, dan Nurain Sasabila, 6 ini meninggalkan kenangan pilu apabila segala kelengkapan sekolah telah disediakan buat mereka. Ibu Bapa mana yang tidak terkilan sekiranya kehilangan anak secara tiba-tiba.
Menerusi laporan Harian Metro, Nur Syahida melahirkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat kelengkapan persekolahan yang tidak sempat dipakai oleh anak-anaknya.
“Kami masih teringat kerenah anak yang tidak sabar hendak memulakan sesi persekolahan ini apabila mereka membeli keperluan dan kelengkapan mengikut selera masing-masing terutama beg.”
“Saya dan suami juga juga sudah menyediakan tiga pasang pakaian dan sepasang kasut hitam untuk setiap mereka.”
Anak-anak yang manja
Lebih merutun jiwa, ketiga-tiga permata hatinya itu begitu teruja untuk memulakan sesi persekolahan dengan berkongsi gambar kelengkapan sekolah menerusi aplikasi WhatApp.
Kehilangan tiga orang secara serentak pastinya menuntut kesabaran yang tinggi. Malah keletah anak-anak pastinya menjadi momen yang tidak akan dilupakan.
“Ketiga-tiga mereka sangat rapat dengan saya dan suami. Sudah tentu kehilangan mereka sangat kami rasai tetapi tetap reda kerana ini ujian Allah SWT dan kami perlu kuat.” Bukan itu sahaja, menurut Zawawi, kesemua anak perempuannya manja dan rapat dengannya.
“Memandangkan semua anak kami perempuan jadi mereka sedikit manja. Jika luka sedikit pun mereka boleh menangis. Semua kenangan dengan mereka di rumah ini sukar untuk dihilangkan dan buat saya sentiasa teringat.
“Sebelum ini, apabila mendengar ada kematian anak rakan, saya sering bertanya adakah kuat untuk menghadapi ujian begitu, tetapi kali ini ia benar-benar terjadi kepada saya.”
Terdahulu mengikut laporan akhbar, mayat Nurain Sofia ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 7.48 pagi Isnin dalam jarak lima kilometer dari tempat jatuh, manakala Nurain Salsabila, ditemui pada jam 9.40 pagi dan Nurain Fatma pada jam 11.03 pagi.
Sudah pasti memberi kesan yang mendalam buat keluarga ini. Namun, semua yang terjadi sudah menjadi ketentuan illahi. Semoga keluarga kepada allahyarham adik Nurain Fatma, Nurain Sofea dan Nurain Sasabila ini terus kuat bertabah menghadapi dugaan. Moga roh tiga beradik ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan beriman.
Rumahtangga bahagia dan diberi keberkatan pastinya akan memberi keharmonian rumahtangga.
Salah satu cara keberkatan dalam rumahtangga, adalah seorang suami mesti tidak culas memberi nafkah kepada isteri. Barulah segala duit perbelanjaan rumahtangga sentiasa mencukupi.
Perkongsian seorang suami ini, Mohd Nazim Badruddin begitu inspirasi untuk dikongsi bersama. Biarpun nukilannya sekian lama namun relevan dijadikan peringatan diri.
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je. Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menabung tu penting, tapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting.
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda; “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya wang dapur. InsyaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau takde kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela di belanja.
#TarbiahSentap #PengurusAiSukaBazaar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di