Benarlah apa yang dikata bahawa kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih sayang seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anak.
Ia jelas terbukti sebagaimana perkongsian seorang pengguna facebook, Mario Sa yang menujukkan kasih sayang seorang ayah yang sanggup meredah hutan untuk mendapat capaian internet demi anaknya bergelar seorang pendidik.
Ikuti lanjut catatan ini.
Kasih seorang ayah sepanjang masa
Demi harapan untuk anaknya bergelar pendidik, seorang bapa, Sa anak Ujom, 52, telah membina sebuah khemah di kawasan hutan Bukit Kelingkang, Sarawak demi mendapatkan talian internet.
Usaha tersebut dilakukan untuk membolehkan anaknya Frank Steward anak Sa, 21 menghadiri dua interviu kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Difahamkan mereka keluar dari rumah sekitar jam 6 pagi dan perlu memanjat bukit yang terletak 2 jam perjalanan dari rumah untuk mendapatkan capaian internet.
Semoga interviu yang berlangsung hadirkan khabar baik nanti
Sumber: Mario Sa
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.