Kasih seorang ayah… Demikian yang ingin diungkapkan oleh seorang Guru bernama Siti Zulaikha selepas melihat perlakuan seorang ayah.
Menurut Guru ini, beliau melihat rutin seorang ayah selepas menghantar anaknya ke sekolah cukup membuatkannya terharu.
Pelajar berkenaan bersekolah di Sekolah Menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kisah yang dimuat naik oleh guru berkenaan kemudiannya mencuri perhatian netizen di laman sosial.
Moga apa yang didoakan si ayah ini, moga Allah kurniakan juga pada anak kita. Pemandangan yang cikgu lihat sendiri pada pagi ini benar-benar mengetuk jiwa cikgu.“Kasih ayah, kasih abadi”. ??????
Posted by Siti Zulikha on Friday, 12 October 2018
“Sepanjang bertugas menjaga pintu sekolah pada waktu pagi, itulah pertama kali saya melihat seorang ayah berdoa di luar sekolah setelah menghantar anaknya. Sungguh terharu.
“Air mata cikgu menitis terus. Selepas mencium pipi dan dahi anaknya, lelaki itu terus menadah tangan berdoa.
“Sudah tentu si ayah mendoakan kejayaan anaknya dalam menuntut ilmu,” tulisnya dalam laman akaun Facebooknya.
Melihat situasi itu, Siti Zulikha turut tersentuh dengan rutin yang dilakukan oleh lelaki tersebut kerana dirinya juga mempunyai anak.
Dia berharap apa yang didoakan oleh ayah tersebut turut diterima oleh anak-anaknya.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Siti Zulikha di laman sosial Facebook telah dikongsi netizen sebanyak lebih 2,500 kali.
Sumber: Sinar Harian & Siti Zulaikha (FB)
“Mimpi Kiamat, Mimpi Mati Tinggalkan Anak-Anak. Bila Bangun Rasa Sedih & Sayu.” Kini Bertudung, Isteri Fad Bocey Kongsi Kisah Hijrahnya.
“Bermula episod baru ,tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung.
“Tapi biasa la iman kita turun naik ,kadang tengok orang cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa macam tak yakin .MashaAllah bukan mudah istiqamah tu,”ujar Isteri pelawak dan penyampai radio ERA, Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman selepas mengambil keputusan untuk memakai hijab.
Menurut Syahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Syeera, mimpi dirinya meninggal dunia, membuatkan dia berfikir mungkin itu satu petanda untuk dirinya berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Tapi satu masa tu hampir setiap hari ,saya selalu dalam keadaan resah .Kalau ke mana mana mesti otak pikir kalau eksiden mati macam mana .Sampaikan setiap hari mimpi kiamat .Mimpi famili satu satu tinggalkan saya.
“Saya selalu cerita dengan fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him. Saya jadi tertanya- tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti pikir .Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima .
“Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak ,siapkn anak-anak pergi school ,hantar school ,balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar .
“Tapi kalau saya tak ada nanti sapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain) .anak-anak sapa yang akan uruskan .takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya.Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan.
Akui Syeera lagi, dia pernah diberi pandangan pelik ketika masuk dalam kawasan tersebut dengan keadaan aurat tak sempurna untuk solat. Banyak mata yang memandang pelik
“Tapi saya abaikan sebab Allah tau niat kita .Lepas solat saya akan baca al-quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri .saya selalu refer kawan-kawan .salah sorangnya @syashamsul .dia selalu cakap slow slow .
“bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu .tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu .
“Satu ceramah yang saya dengar dari youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya .saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat .moga ada yang dapat bimbing saya .
“Ramai sangat yang DM yang whatsapp ,semuanya bagi semangat .tak tau nak cakap rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya. Satu rasa yang tak tau nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan saya terus istiqamah ❤️,”Ujar Syeera lagi yang mula memakai tudung pada 19 Januari yang lalu.
View this post on InstagramA post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on
Sumber: IG fadbocey
“Ayah Kuarantin Lagi. Adik Main Jauh-Jauh.” Jatuh Air Mata Ibu Lihat Anak Merengek Mahukan Ayah
Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya. Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Negara dalam saat getir dan susah. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu MELAWAN virus COVID-19 dengan bersungguh-sungguh. Malah, dalam situasi sekarang, ramai terkesan sehingga menjejaskan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan sebagainya. Tak kurang juga timbul isu menyalahkan golongan tabligh yang menyebarkan wabak ini memandangkan golongan ini paling ramai dijangkiti.
Hakikatnya bukan salah mereka dijangkiti. Ada yang dijangkiti tanpa disedari. Membaca luahan ahli keluarga go
Kisah ini dimuat naik oleh saudara Fedtri Yahya menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
LUAHAN HATI ISTERI JEMAAH TABLIGH
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.
Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi
“Saya Akhirnya Sedar, Saya Bukan Keseorangan..”-Penyanyi K-Pop, Lalui Hidup Lebih Tenang Selepas ‘Hijrah’!
Sungguh, hidayah itu milik Allah dan sesiapa pun boleh menerimanya. Ini sebagaimana kisahnya buat Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama islamnya, Daud Kim. Penghijrahannya telah mengejutkan ramai pihak apabila dia telah membuat keputusan untuk memeluk islam iaitu pada tahun 2020.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Daud di laman Instagramnya dengan mengenakan pakaian ikhram ketika menunaikan umrah, dia mengakui menjumpai ketenangan yang dicarinya selama ini selepas memeluk Islam.
Daud yang mempunyai hampir 4 juta pengikut di YouTube turut berkata, dia tidak sangka sudah menemui jawapan dalam kehidupannya bahawa Allah adalah Tuhan yang menguasai alam
“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia. Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar.
“Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang hamba yang telah menerima hidayah daripada Sang Pencipta dan tidak akan berputus asa dalam mencari keredaanNya.
Malah, Daud turut berharap dan berdoa agar segala dosanya diampunkan dan sentiasa dipimpin ke jalan yang benar. Bahkan, ditunaikan keinginannya agar dapat berjumpa dengan saudara sesama Islam di syurga kelak.
“Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini. Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati.
“Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim. Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, insya-Allah.
“Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar. Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya lagi.
Sumber : Daud Kim & borakdaily