Karipap Sardin Gardenia, Resipi Mak Mertua. Rangup Di Luar Sedap Di dalam, Confirm Jadi!

Share

Sekarang makin ramai yang mengemari roti sebagai sumber makanan utama. Roti merupakan sumber serat yang mengandungi tinggi karbohidrat yang mudah disediakan untuk keluarga.

Salah satu hidangan yang beasaskan roti yang kini viral adalah Karipap berinti sardin gardenia.

Ikuti lanjut resipi ini.

BEGINI CARANYA

INTI SARDIN

Asingkan ikan dgn kuah pastu lenyek2 sampai hancur. Masukkan cabai n bawang kalau hampa suka (kami tak boh bawang sbb husband tak suka membawang 😝) kalau suka pedas boh laa cabai sekilo 😬 pastu panaskan minyak sikit then masak dalam 5-10minit camtu dalam kuali sambil lenyek2 lagi

CARA TEKAP DAN INTI

Ambik sekeping roti penyek2 sikit dgn tapak tangan pastu letak laa sardin tu banyak mana hampa suka . Pastu lipat dua naa . Hampa ambik cawan ka kole ka ikot suka hampa pastu tekap mcm dalam gambaq . Sampai teputuih roti tu dan jadi bentuk karipap.

So jadi laa macam ni. Panaskan minyak pastu goreng.

SIAP! RANGUP, ANAK-ANAK PUN SUKA

Rangup di luar sedap di dalam. Ni kalau hampa cicah sos lagi sedappp. Selamat mencuba.

Sumber: Fatini Afendi