
Biasanya jika mood memasak ‘ke laut’ sardin adalah penyelamat untuk hidangan yang ringkas tetapi menyelerakan buat keluarga.
Selain itu, boleh juga untuk buat sandwich, inti karipap, nasi goreng dan masak lemak. Bagi yang ingin kelainan apa kata kali ini kita cuba buat kari pula. Tapi tanpa menggunakan santan!
Resipi yang sangat sedap dan ringkas sesuai disediakan untuk keluarga. Mudah sahaja penyediannya. Jom cuba!
Peminat kari sardin muncul kalau xdpt dgn nasi panas cicah roti ke roti arab ke ya Allah nikmat.Sape xpndai buat mai mak ajar simple saja
Bahan-bahan
1 tong besar sardin ayam brand atau king cup
bahan2 tumis
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
hiris semua
Cara penyediaan:
Tumis bahan hiris sampai garing
Masuk kan 1 packet rempah kari babas warna kuning tau
masuk air sket dan masak sampai pecah minyak
masuk kan daun kari dan sardin dalam tong td
tambah air 2 cawan
dah agak pekat kuah masuk garam perasa dan air asam jawa sket.
dah nak masak tu baru masuk kan tomato belah2 dgn cili besar belah hujung ya.
siap di hidang alhamdulillah
Sumber: Azlina Ina Fans
Rupanya Petai Boleh Beganda Besar & Kekal Fresh Bila Buat Kaedah Rendaman Ni. Memang Puas Hati Jadinya!

Buat penggemar petai kalau nampak petai yang dijual tergantung segar, ditambah pula mata petainya terlihat besar-besar, mesti tanpa fikir panjang terus dibelinya.
Namun jika petai tiada musimnya di pasaran, susah juga untuk memilih yang berkenan seperti itu, jika ada pun harga dijual agak mahal.
Jadi untuk memastikan petai yang dibeli bila dimakan menjadi berganda saiznya dan mempunyai rasa yang lebih rangup, ada trik yang boleh anda lakukan.
Bahkan bila lakukan cara itu, bolehlah penggemar petai menyimpannya dengan lebih lama namun kekal segar.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tahu apakah caranya itu, jom kita baca perkongsian daripada puan Zakiah Zolkepli yang telah lama amalkan teknik ini setiap kali membeli petai.
Saya nak ajar simpan petai sentiasa rasa fresh..Bukan buat jeruk ye, sebab saya tak suka jeruk petai.
ARTIKEL MENARIK
Menjeruk Petai Dengan Kulit-kulitnya Sekali Lagi Sedap. Begini Chef Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Stok Petai Sentiasa Ada Tersimpan Segar. Lakukan Cara Wanita Ni Buat, Memang Mudah!
Petai tak kopek buang sisi kiri kanan & rendam dengan air Paip..
Petai kopek pon sama masuk bekas rendam masuk peti ais bawah je bukan peti beku…
Selang sehari tukar air je..
Petai akan jadi lagi besar dan segar, rangup. Nak buat sambal atau ulam pon best. Musim petai murah kena simpan stock..
Sumber : Zakiah Zolkepli
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Manfaat Cuka Untuk Mudahkan Kerja-Kerja Ibu Bersihkan Perkakas Rumah. Hasilnya Memang Superb!

Ini tip mudah ketika membersihkan rumah, tidak perlu keluar belanja yang banyak.Cepat dan mudah terutama buat suri rumah dan juga untuk ibu-ibu bekerja yang sibuk.
Hanya dengan cuka, banyak manfaat yang anda peroleh. Tip ini dikongsikan oleh Puan Shida Rahman. Nak tahu jom semak!
Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh ibu-ibu cuba sendiri di rumah.
1. singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Bersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Bersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air.
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Jadikan Keropok Homemade Tau. Sedap & Berkhasiat Untuk Anak-Anak Ni!

Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
- Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
- Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
- Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
- Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
- Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
- Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
- Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
- Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
- Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
- Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Sumber: Widyana Ali • Healthy Life