Kari Kepala Ikan Salmon, Air Tangan Ibu Yang Sihat Tanpa Santan. Memang Ada Ummph!

Share

Buat penggemar ikan Salmon, resipi ini wajib dicuba.Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja, sesekali apa kata di masak kari pula namun tanpa santan.

Rasa ikan salmon yang berlemak ditambah aroma rempah ratus kari pasti mampu memikat selera dan memenuhi cita rasa seisi keluarga.

Bahan-bahan:

2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua

4 sudu besar rempah kari ikan (jadikan pes)

1 labu bawang besar (dikisar)

5 ulas bawang putih (dikisar)

1 cm halia(dihiris)

1 cm lengkuas (diketuk)

2 batang serai (diketuk)

2 biji cili merah/hijau

2 biji tomato (dibelah 4)

5 sudu besar air asam jawa

1 batang kulit kayu manis

daun kari

kacang bendi

minyak masak

garam dan perasa

Cara Membuat:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar dan daun kari sehingga naik bau.

Masukkan pula serai, lengkuas, halia dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.

Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak.

Tuang air asam jawa. Kacau sebentar.

Masukkan air ikut mengikut kepekatan dan cita rasa, biarkan mendidih.

Tambah garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.

Masukkan kepala ikan, biarkan sehingga separuh masak kemudian tambahkan kacang bendi, buah tomato dan cili merah/cili hijau.

Info Ekstra: Boleh juga gantikan dengan isi ikan salmon.