Makan kari kepala ikan bagi penggemarnya memang boleh dikatakan menu ini cukup istimewa.
Terasa nikmat apatah lagi jika dimakan bersama nasi panas. Malah bukanlah asing, jika dengan hanya satu menu ini sudah berjaya membuka selera penggemarnya. Oleh itu ini dikongsikan resipinya.
Pagi-pagi lagi emak dah pergi mengaji, saya pun nak cari bahan. Biasanya memang tak ada perancangan nak masak apa sampailah kaki sudah masuk ke pintu pasar.Tengok-tengok ada kepala ikan merah. Sapu sahajalah. Beli 1 kepala yang besar dan isi dalam 4-5 keping. Sedap juga jika masak kari kepala ikan ini.
Jom!
Kari Kepala Ikan (Ikan Merah).
Bahan-bahannya ialah:
1 kepala ikan (potong terus pun tak apa) **
4-5 keping isi ikan merah.
3 biji bawang besar India
3 batang kayu manis
3 sudu besar rempah campur (halba, biji sawi, jintan)
8 sudu besar rempah kari ikan (ikut suka nak guna rempah kari jenama apa).
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit.
7 biji cili hijau
5 biji tomato
5-7 biji kacang bendi
2-3 tangkai daun kari.
3 sudu besar asam jawa
5-9 cawan air
Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
Step 1 :Bahan tumis. Kau hiris bawang begitu, sebelahnya itu batang kayu manis. Sebelahnya pula yang kecil-kecil itu rempah campur (ada jintan, ada halba, biji sawi, kadang-kadang depa buh biji ketumbar juga) boleh beli di mana-mana pasaraya.
Ads
Step 2 :Panaskan sedikit minyak (dalam 3-5 sudu besar) dan tumis bahan tadi.
Step 3 :Sudah naik bau dan bawang pun sudah kekuningan, dan pastikan biji sawi tu dah melompat-lompat (itu tanda dah masak) kalau tidak kari kau boleh jadi pahit. Terus masukkan air dan biarkan air mendidih.
Step 4 :Lepas itu kau letak rempah kari ikan, 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk kunyit dalam 1 bekas.
Ads
Sambil itu kau sediakan kacang bendi. Basuh dan buang tangkainya.
Step 5 :Letak air dalam bekas rempah tadi. Kacau rata.
Step 6: Masukkan rempah kari tadi. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Ads
Apabila semua sudah mendidih, masukkan tomato, cili dan bendi. Aduh. Mana pula daun kari tak jumpa. Kau masukkan time ini juga pun tak apa.
Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Terus masukkan dalam periuk.
Step 7 :Apabila semua sudah mendidih, bolehlah kau masukkan ikan. Pastikan kau masukkan sekeping demi sekeping. Jangan main tuang je. Nanti ikan bertindan dan bila kau kacau, mudah hancur.
Step 8 :Jangan kacau. Biarkan sahaja hingga mendidih.Dan nampak ikan sudah masak, masukkan garam. Kacau perlahan-lahan. Takut nanti ikan hancur. Rugi.
Sebaik-baik kamu adalah orang yang terbaik kepada keluarganya. Kerana itu, apabila kita sweet dengan keluarga, kitalah pasangan yang terbaik. Demikian bait-bait kata yang dilontarkan oleh Ustaz Akashah tatkala ditemubual menerusi Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga.
Tidak dinafikan, pasangan ini cukup terkenal dengan jolokan ‘loving couple’ daripada dulu sehingga kini. Walaupun sudah lama kahwin, tapi sifat sweet bersama pasangan tak hilang. Tidak hairanlah pasangan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah menjadi contoh dan idola oleh pasangan suami isteri baik yang muda mahupun yang sudah lama berkeluarga.
“Yang penting adalah niat berkahwin bukan untuk sementara waktu tetapi nak bawa isteri dan anak hingga ke syurga. Untuk membentuk keluarga bahagia, akan bawa hingga hujung nyawa. Jika niat tak betul akan jadi separuh jalan.
“Dalam rumah tangga ujian dan cabaran adalah perkara biasa dan dihadapi oleh semua pasangan. Sebab tu penting 4 perkara ini iaitu, sentiasa memaafkan pasangan, kena sabar, kena reda ketentuan allah dan sentiasa bersyukur.
“Bagi ustaz dan ustazah pula, setiap kali anniversary kami berdua akan pergi bercuti bersama berdua sahaja. Tempat yang cukup istimewa dan bukan percutian biasa. Tempat yang cantik, jauh dan suasana yang damai dan mengindahkan.
“Waktu hari ulang tahun perkahwinan inilah kita ingat kembali memori bercinta, perkenalan dulu bila kita berdua. Tapi kalau bawa anak-anak dan keluarga itu dah jadi percutian lain. Tapi untuk anniversary kami anak-anak sporting.
“Malah, ketika inilah fokus masa untuk berdua sahaja. Boleh makan berdua ala candle light dinner kata orang sekarang. Sebenarnya makan suami isteri contoh romantik dari Rasullah SAW. Makan bersama suami isteri amalan bagus. Jadi, dalam nak sweet suami isteri, bagi suami rasa dia ibarat hero dan suami pula bagi isteri rasa seperti bidadari. Insyaalah rumah tangga akan sweet till Jannah,” ungkap Ustazah Bahiyah lagi. Amalan suami isteri
Dalam kebahagiaan suami isteri kena kekalkan solat berjemaah dalam rumah. Lebih-lebih lagi waktu PKP ini, antara masa yang sesuai adalah waktu maghrib.
“Pastikan suami isteri kena ada di rumah dan solat berjemaah bersama. Dalam masa yang sama boleh ajar anak-anak mengaji (baca al-quran).
“Kasih sayang datang dari hati dan timbul perasaan berkasih sayang bila hati kita dekat dengan Sang Pencipta. Jika ini diamalkan maka tak mustahil untuk kita kekal sweet hingga ke Jannah,”ulas Ustaz Akashah pula.
Tambah Ustazah Bahiyah pula, di rumah amalan ini dipraktikkan di mana ada waktu ustaz menjadi imam dan adakalanya anak atau menantu terutama maghrib dan isyak.
“Selain itu rutin kami selepas solat kami sama-sama baca yasin, kemudian ada kitab himpunan zikir yang dibaca seisi keluara. Lepas itu, ustaz dan ustazah akan sampaikan takzirah.
“Selain itu, makan bersama seisi keluarga serta selalu memberi hadiah untuk menyemarakkan kasih sayang. Nombor lima sesekali buat kejutan istimewa untuk pasangan. Ustaz kalau buat surprise memang sampai saya menangis di bahunya. “Pernah ustaz beli tanpa ustazah tahu dan dia berpakat dengan anak-anak. Paling Ustazah tak boleh lupa tiga tahun lepas anak dan menantu sepakat dengan ustaz buat surprise. Ustaz hadiahkan sebuah rumah yang pernah ustazah tengok sebelum ini. Waktu tu ustazah cakap tak boleh beli lagi ni kerana belum sampai masa. Tak sangka ustaz tak lupa apa yang saya idamkan.
“Selain itu, susah senang kena hadapi bersama. Sakit atau Allah uji dengan kesihatan atau harta benda kena setia berada di sisinya. Setia kita bukan hanya di dunia adalah sehingga ke akhir hayat. Kita tak selamanya senang dan kita tak selamanya sihat.
“Pasti ada masa suka, duka dan pentingnya kesetiaan itu sampai bila-bila. Untuk berada di sisi itu membuatkan hubungan suami isteri lebih kuat dan takkan beralih arah pada yang lain kerana kita bina cinta ini untuk reda allah. Doa yang saya amalkan untuk tambah kasih sayang suami adalah dari Surah toha ayat 39 yang bermaksud: telah aku tumpahkan kepadamu kasih sayang daripadaku.
“Apa sekali pun jangan susah hati kalau tidak boleh hafal, bacalah doa apa sekali pun bahasa sekali pun tapi kena datang dari hati. Insyaallah jika betul ikhlas dan ikut syarat berdoa, jaga hubungan suami isteri, ibu bapa dan nescaya doa itu mustajab,” jelas Ustazah lagi. Sweet dalam rumah tangga
Menurut ustaz Akashah lagi, pasangan suami isteri harus saling memahami dan bertolak ansur.
“Kadang-kadang ada pasangan hanya buat waktu awal kahwin, contoh pastikan isteri pakai topi kaledar misalnya. Selain itu, amalkan minum dan makan bersama, menemani ketika pasangan sakit. Inilah saat yang paling penting kerana waktu inilah kita boleh tolong suapkan, picitkan kaki dan sebagainya.
“Selain itu, mandi bersama pasangan. Ajak pasangan ke tempat yang jauh dari rumah. Elakkan keluar malam suami isteri kecuali terpaksa. Malam seharusnya berada di rumah dengan keluarga. Selalu bergurau senda dan jangan terlalu garang dengan pasangan.
“Kena adil dengan pasangan. Apa yang kita makan di luar, di rumah pun kena bagi sama. Jangan sama sekali pukul pasangan. Marah atau emosi terganggu jangan pukul dan terakhir jangan lupa bantu pasangan di rumah buat kerja. Apa salahnya bantu pasangan lipat kain, basuh baju atau layan anak ketika isteri tengah masak. Barulah sweet dalam rumah tangga.
“Dalam hubungan suami isteri bukan hanya di dunia tapi til jannah. So kena sama-sama muhasabah diri. Dah cium tangan suami belum misalnya, dah solat berjemaah dengan anak-anak dan isteri belum. Dalam solat ada mendoakan pasangan belum, dan sebagainya. Semua apa yang kita lakukan akan di nilai oleh Allah Swt,” ungkap Ustaz Akashah pula. Isteri bijak jaga penampilan
Anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Bila dapat anak, setiap suami isteri kena ada tiga benda iaitu positif, yang kedua, beri senyuman dan yang ketiga kena beri penjelasan.
“Tak dinafikan ada isteri yang bila ada anak dia fokus pada anak semata-mata. Sampaikan tidur pun dengan anak. Jadi, isteri perlu bijak mengatur. Bukan hanya fokus pada anak sebaliknya ajak suami sekali bermain dan mandikan anak. Yang kedua, suami kena bijak memahami dan bertolak ansur. Yang ketiga, isteri perlu bijak jaga penampilan.
“Kita tak nak hubungan suami isteri hambar asyik utamakan anak sehingga selekah dan sebagainya. Kena bagi wangi, kemas, harum memikat dan sebagainya. Walaupun sibuk jaga anak tetapi masih dapat menambat hati suami. Yang keempat, utamakan perintah suami. Sebab kita dah selalu bersama anak, beri keutamaan pada suami bila dia minta air misalnya.
Yang kelima layan anak jangan sampai tak layan suami. Jangan abaikan, kena bijak bahagi masa. Jangan sampai abaikan dan tak tidur dengan suami. Yang keenam saya selalu buat, beri masa pada suami.
“Seperti saya yang kena bercerita pada cucu sebelum mereka tidur. Jadi saya perlu masa dalam 30 minit untuk tidurkan cucu, jadi saya akan terangkan pada suami dan ustaz faham. Lepas tu barulah layan suami. Yang ketujuh, layan hobi suami baru dia rasa tak terpiggir. Jangan kalau duduk berdua asyik bercerita tentang anak anak anak. Layan hobi dan bincang apa kegemaran suami juga. Kata Ustazah Bahiyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mix Fruit Cocktail Buatnya Mudah. Sekali Hidang Memang Laku, Terutama Pada Tetamu Cilik!
Memancing selera anak-anak rahsianya mudah. Selain hidangan perlu berwarna warni, makanan mestilah sedap rasasanya. Seperti menu Mix Fruit Cocktail ini, rasanya lemak manis dan penuh warna warni hasil gabungan pelbagai jenis buah-buahan dan jelly. Nampak begitu menyelerakan!
Oleh itu elok sangatlah jika dijadikan menu dessert kepada tetamu cilik yang berkunjung di Hari Raya ini. Bahkan kita orang dewasa juga amat menggemari rasanya. Lagi-lagi dengan cuaca sekarang ini yang panas membahang, jika dapat menikmati mix fruit cocktail ini pasti terasa puas sekali!
Jadi jom kita sediakan menu dessert kegemaran ramai ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Bella Jaffar
MIX FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahan:
2 peket Jelly sumi
2 tin susu cair ideal
4 sudu besar susu pekat
1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga – premium fruits, tp time ni habis stock)
1 tin longan (optional la brand pape tp sy mmg suka Hosen)
1 bekas nata de coco
2 biji kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu esen vanilla
4 sudu besar gula pasir
*Saya tambah 2 cawan air (sebab tak suka manis sangat)
Cara buat :
*Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang
*Satukan bahan-bahan cair (kuah dr tin peach, longan, mix fruit, nata de coco dan susu cair) dalam periuk
*Masukkan kuning telur dan esen vanila
*Custard tu kacau dulu dengan air bagi dia sebati baru campur dalam periuk kalau tidak nanti berketul-ketul dan burn kejadiannya (nak bagi kuah pekat sikit)
*Dah satukan semua baru on api perlahan je, dan masak kuah sampai sebati, tidak perlu panas sangat.
*Sejuk je campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi..
> selalu beli kat pasar malam kuahnya ya ampun sikit sangat tapi untuk bancuhan saya ni jangan risau kuahnya memang generous, cedoklah ikut mana nak.
Note: saya tak letak ais siap-siap sebab bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail ni..
Ayam memang menjadi antara kegemaran anak-anak . Nak nak lagi kalau digoreng kan. Tapi kalau asyik menu yang sama bosan juga. Baik cuba menu lain yang juga sedap dan sihat. Admin kongsikan resipi Ayam panggang ala dominos yang dikongsikan ini. Nampak menarik dan mudah je nak buat, Boleh dijadikan menu makan tengah hari nanti ni.
Ayam panggang ala dominos Sekilo drumstik yg kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bwg putih di tumbuk lumat
60g butter
-masak kesemua bahan sampai butter cair
-sejukkan
-lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-perap (lagi lama lagi sedap)
-bakar suhu 180°-200° ikut oven masing2 qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jgn rentong sudah)
SeLamAt mEnCUba
Kredit Resepi : fiza sezali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.