Kantin Sekolah Anak Dah Macam Cafe. Harga Makanan Pun Murah! Kalau Macam Ni Mak Ayah Pun Nak Makan Sekali.

Share

Sebut sahaja kantin sekolah tentu kita sudah dapat membayangkan menu yang dijual tidak banyak pilihan dan kadang kala rasa makanan ada yang tidak menepati citarasa kita sebagai pembeli. Senang cakap, cukuplah sekadar makan untuk tidak berasa lapar.

Apa yang pasti, tidaklah boleh dibandingkan dengan kafe-kafe mewah atau restoran-restoran makanan yang lainnya. Maklumlah, harga makanan yang ditawarkan di kantin- sekolah biasanya murah, hanya beberapa ringgit sahaja sepinggan.

Namun perkongsian daripada Cikgu Mohamad Ismail Amir tentang kantin di sekolahnya ini cukup mengujakan! Bukan sahaja harga makanan tersedia memang murah, malah dekorasi kantin juga setanding kafe yang cantik dan selesa.

Menurutnya, Kantin Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Pulau Pinang 2019 bagaikan “Restoren Mewah”di dalam sekolah……Tahniah owner “Sireh Cafe” Mohd Fahmi Ahmad atas inovasi dan kreativiti yg dihasilkan .

Apa yang jelas, pengusaha kantin ini dilihat begitu bijak menghias ruangan kantin untuk memastikan guru dan murid sekolah berasa selesa sepanjang menjamu selera di sini. Malah jika dilihat pula pada beberapa menu yang dijual, cukup menyelerakan dan berkhasiat. Contohnya seperti semangkuk bijirin ini hanya dijual RM1

.

Begitu juga lebih mengujakan bila mengetahui harga bagi sepinggan set nasi ini pula hanya RM2, memang mengenyangkan.

 

Selain itu, apa yang dapat dilihat setiap hidangan ada menu sayuran disertakan, ini bermakna anak murid di sekolah ini akan makan hidangan yang sihat dan seimbang. Memang terbaik, pujian harus diberi!

Menariknya juga makanan dihidang bukan dalam pinggan biasa, tetapi di dalam tray makanan yang tentunya memberi pengalaman baru buat anak murid di sekolah ini.

Antara senarai menu dan harga makanan yang ada di kantin ini.

 

sumber : Mohamad Ismail Amir