“Kanser Payudara Mama Kembali.” Kongsi Berita Ibu Jalani Pembedahan, Syed Saddiq Mohon Doakan Kesihatan Ibu!

Share

Semalam bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi berita tentang kesihatan ibunya yang berperang dengan penyakit kanser payudara.

Syed Saddiq sebelum itu bergegas meninggalkan Parlimen untuk pulang ke Johor bagi bersama ibunya yang kini berada di hospital.

“Terpaksa meninggalkan Parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. Ibu saya pejuang. Pada tahun 2013, dia menang melawan kanser payudara.

My mum is a fighter. In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back. Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells.

“Saya harap rakan rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way,”  tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Syed Saddiq memeluk erat ibunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan  kesejahteraan dan kesihatan Ibu ahli parlimen Muar ini agar segera sembuh melawan kanser.

ustazahnorhafizahmusa Selalu berada di sisi mama, hubunginya selalu, doakannya selalu.. ujian sakit memang hebat.. tanda Allah sayang ❤️❤️ sampaikan salam pada mama.
geezack My prayers to your strong Mama @syedsaddiq . May Allah Swt grant her health, strength & keep her safe. Salam to he
jennlow.wco I hope she will recover soon ❤️ sending her blessings! 🙏🏻
cangcomak My Mom Also Breast cancer survival 10 years ago.. she’s healty now.. send my regards to your mom keep fight and stay positive.

Sumber: syedsaddiq