Sebelum ini beliau lahir sempurna seperti orang lain. Sehinggalah usianya 14 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Kanser Tulang. Penyakit tersebut menyebabkan Dr Aizan Sofia Amin 35, berstatus OKU apabila sebelah kaki kanannya terpaksa dipotong.
Selama dua tahun melalui rawatan demi rawatan akibat kanser tersebut, akhirnya anak keempat dari lima beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini akur apabila sebelah kaki terpaksa dikorbankan demi meneruskan kehidupan.
Bermulalah fasa baru dalam dirinya meneruskan harapan dan cita-citanya sebagai insan berstatus OKU. Kekurangan tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat Pensyarah Kanan, Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk terus berjaya.
“Alhamdulillah, keluarga saya sangat menyokong terutama ibu dan ayah yang sentiasa ada waktu saya sakit sehinggalah sekarang. Malah, semua family saya tak pernah pandang rendah bahkan mereka yang menjadi kekuatan saya sejak dulu sehingga sekarang,” akui anak kelahiran Puchong, Selangor ini.
Jujur mengakui dulu sering menangis akibat pandangan serong masyarakat terhadap fizikalnya, namun semangatnya cukup kental untuk melalui semua itu.
“Saya menangis bukan sebab saya OKU, tetapi disebabkan persepsi negatif masyarakat menyebabkan saya berasa rendah diri. Akibat kata-kata negatif yang sering dilemparkan kepada saya, membuatkan saya tertekan dan terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa saya juga berupaya seperti orang lain”.
Ads
“Ketika belajar di United Kingdom dalam Ijazah kedoktoran dalam Disability Studies dari Universiti of Glasgow, Scotland, saya seronok dan dapat melupakan kekurangan diri walaupun bertongkat kerana orang sekeliling masa itu tidak melihat saya sebagai OKU tetapi melihat bakat dan potensi saya melebihi kelainan saya miliki,” katanya menceritakan ketabahannya berdepan dengan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) lantikan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Sesi 2017 – 2018 menyifatkan suka duka diharungi untuk melawan penyakit kansernya, sekali gus kini menjadi titik tolak kepada perjuangannya terhadap OKU.
Ini kerana, beliau tidak mahu generasi berkenaan berdepan dengan pengalaman yang pernah ditempuhi suatu masa lalu.
Ads
“Sebab itu saya menasihatkan ibu bapa dan keluarga supaya terus memberi tumpuan terhadap anak OKU.
“Insan-insan ini sebenarnya boleh menjadi insan cemerlang dan membanggakan ibu bapa sekiranya penjaga memfokuskan pendidikan dari awal. Masyarakat juga mesti menerima dan memberi sokongan kepada OKU untuk menjalani hidup sama seperti orang lain ” katanya yang turut mengakui apabila sudah bergelar OKU akan tertekan sekiranya tidak diberi peluang untuk membangunkan potensi diri terutamanya dalam pekerjaan dan pendidikan.
Ads
Penerima Anugerah Belia Harapan Majlis Kanser Nasional (Makna) berkata, sejak itu dia tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk mencapai impian hidup.
Menurutnya, walau sesukar mana sekali pun dugaan mendatang, penghidap kanser atau mereka yang sudah bebas dari kanser perlu menghadapinya dengan hati terbuka.
“Apa yang penting, tidak sesekali berasa rendah diri kerana di sebalik kekurangan diri, mungkin ada kelebihan tersendiri yang hanya diketahui ALLAH SWT.
“Paling penting, kanser bukan penamat riwayat hidup tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bermakna,” jelas Dr Aizan lagi.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar petai, andai dapat menikmati hidangan tengah hari atau malam bersama ‘butiran mutiara hijau’ ini akan membuatkan makan bertambah berselera. Apatah lagi jika digandingkan dengan sambal belacan yang menyengat, memang cukup puas hati.
Pun begitu, stok petai bukannya sentiasa ada di rumah. Dan jika ingin dibeli banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk bimbang pula akan menjadi kecut dan kering, kurang enak pula rasanya jika hendak dimakan.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk kekalkan kesegaran petai hatta hingga berbulan-bulan lamanya. Ini dikongsikan oleh Puan Norbaizura Sani, jom semak apa perlu buat.
Petai sepanjang tahun!
Kalo jumpa petai murah2 tu beli la, boleh buat stok kat rumah. Takpun minta mak beli petai banyak kat kampung tu kemudian frozenkan dengan cara ni. Petai mahal wooo kat bandar ni. Korang ikut teknik ni silap-silap boleh berniaga petai frozen. Ni zura bagi tips penyimpanan petai supaya tahan lama & fresh.
Ini rupa petai bila dah frozen! Tahan lama berbulan2 dengan syarat masa nak guna rendam biji yang nak pakai je. Jangan rendam dan masuk peti berulang kali. Biji-biji petai pun tak melekat satu sama lain sebab tu kalau boleh petai jangan basuh masa proses penyimpanan. Kalau terkena air nanti biji petai melekat sesama sendiri.
Langkah Demi Langkah Penyediaanya:
Petai fresh yang di beli.
2. Kupas petai sebiji2. Saya suka buat macamni sbb petai bila nak guna nanti lebih fresh.
3. Buang selaput petai tu sehingga sempurna. Selaput tu Kalau x cuci bersih blh buat petai tu berkulat kalo lama2 di frozen.
4. Dah siap bersihkan selaput tu jangan basuh petai tu!!! Terus je Simpan dalam bekas kecik2 & nak susun dalam peti ais.
5. Masukkan dalam peti ais beku & frozenkan.
6. Ini rupa petai yg telah frozenkan kemudian rendam bila nak masak. Biji dia fresh tau
Selamat mencuba.
sumber : Norbaizura SaNi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rambut yang gugur teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak sememangnya buat ibu menjadi risau. Setiap hari ada sahaja gumpalan rambut yang memenuhi ruang. Buntu rambut makin menipis.
Boleh dikatakan setiap kali menarik rambut, segumpal helaian akan melekat di tangan. Itulah juga perkara yang berlaku setiap kali menyampu rambut. Adakalanya buat kita rasa bimbang.
Jangan bimbang kerana ia adalah masalah biasa bagi semua wanita. Apabila anak semakin membesar, masalah ini akan semakin berkurangan. Namun ibu boleh juga usahakan beberapa kaedah untuk merawatnya. Lima kaedah dengan rawatan dan petua alami ini adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jom cuba.
1. Lidah Buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
2. Santan
Caranya: Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Caranya: Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
4. Minyak Kelapa dan Zaitun
Caranya: Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
jar of honey
5. Madu Asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
6. Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
7. Kacang Hijau
Caranya: Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak impikan untuk raih kejayaan kan? Lebih-lebih lagi ketika di sekolah. Bila usaha membuahkan hasil dan dihargai orang sekeliling, memang puas hati lah!
Lebih-lebih lagi kita ni dikenali ramai, bila nama naik pentas semestinya gamatlah suasana ketika itu mendapat perhatian orang ramai. Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar dari kelas pendidikan khas yang mendapat anugerah.
Menerusi sebuah perkongsian video Tiktok milik Mazniezura, dilihat para guru dan pelajar sedang berkumpul di dataran sekolah bagi majlis penutup ‘Karnival Ko Akademik’. Dalam pada itu, seorang pelajar dari kelas pendidikan khas lantas berjalan laju sambil membuat tanda tangan ‘rock’ menuju ke atas pentas setelah namanya disebut oleh pengacara majlis.
Gelagat anak istimewa itu mula mendapat perhatian apabila selepas bersalaman, secara tiba-tiba dia bertindak memeluk guru yang ditugaskan menyampaikan anugerah. Sebelum turun, sekali lagi sempat dia angkat tangan menunjukkan tanda ‘rock’ buat penonton bawah pentas. Tindakan spontan gadis tersebut nyata mengundang tepukan serta sorakan daripada warga sekolah yang turut serta meraikan majlis berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat pelajar itu. Masing-masing sempat memuji keletah comel gadis tersebut sepanjang berada di atas pentas. Tidak ketinggalan, doa turut dititipkan semoga diberikan kesihatan yang baik buat anak istimewa berkenaan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...