Tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  dikatakan menghidap kanser hidung peringkat awal. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.

Malah, bapa kepada dua cahaya mata ini awalnya mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.

Terbaru menerusi laman twitternya,  Datuk LCW mendedahkan keperitan yang dilalui sepanjang tempoh melawan penyakit kanser membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik untuk tiga edisi masing-masing pada 2016, 2012 dan 2008 itu berkongsi pengalaman menghidap penyakit itu dalam sebuah temubual eksklusif bersama Yuna Tan yang disiarkan menerusi YouTube.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September lalu.

Beliau menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser telah membuka mata saya untuk lebih mengutamakan kehidupan. Saya berlatih dan bermain bersungguh-sungguh sepanjang hidup saya.

Ads

“Menentang Peter Gade (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Lin Dan (China), Bao Chun Lai (China), Lee Hyun-il (Korea Selatan) dan lain-lain. Tiada seorang pun yang kental seperti mana saya melawan kanser,” ujar Chong Wei di status lamanTwitter miliknya.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berhasrat untuk kembali ke gelanggang menjalani latihan awal tahun ini bagi mempertahankan gelaran juara Terbuka Malaysia yang dimenangi sebanyak 12 kali, namun hasratnya itu terpaksa ditunda atas nasihat doktor.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

Ads

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu terpaksa berehat daripada menyertai sebarang kejohanan selama lapan bulan selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

Dala pada itu, para peminatnya memberikan kata-kata semangat untuk wira negara ini kembali bangkit dan kuat semangat melawan penyakit tersebut.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

Ads

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

“Kanser Buka Mata Saya Untuk Lebih Hargai Kehidupan.” Netizen Titip Doa & Semangat Buat Datuk Lee Chong Wei.

Sumber: Twitter LeeChongWei & Mstar Online

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI