Kanak-kanak tercekik ‘gummy mata’ meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik  mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.

Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP meninggal dunia pada jam kira-kira 11 malam.

Kanak-kanak Tercekik  ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru ‘call’ saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.

“Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga, dijangka pada jam 11 pagi hari ini.

“Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula,” katanya.

Kanak-kanak Tercekik  ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Media sebelum ini melaporkan Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Ads

Kanak-kanak Tercekik  ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.

Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Sumber: Sinar Harian Harian Metro 

Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Lelaki 10 Tahun Kritikal Tercekik Gummy Mata 

Rayuan Bapa Kanak-kanak Tercekik Gummy Mata, Mohon Doakan Anak Saya

Ads

 

 

 

 

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI