Sewaktu orang lain lena di ulit mimpi, sebuah keluarga di Pulau Pinang berdepan dengan dugaan yang cukup besar apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian pada pukul 11.19 malam tadi.
Lebih memilukan, dalam kebakaran tersebut seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun telah ditemui rentung dipercayai telah menyembunyikan diri di belakang katil rumahnya ketika api sedang marak dalam kebakaran tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mayat mangsa, G. Sri Laavanya dijumpai dalam keadaan terbaring di belakang katil di bilik bapanya.
Faktor api yang marak terlalu cepat dipercayai menjadi punca mangsa yang juga anak tunggal maut dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah sewa.
“Mangsa dipercayai cuba bersembunyi di belakang katil dan ketika kejadian, bapanya tiada di rumah dan mangsa berada di rumah bersama datuk dan nenek.
“Api marak cepat, nenek dan datuk mangsa telah lari keluar dan tidak sempat mencarinya ketika kebakaran itu. Ini kerana, mangsa sebelum ini tidur sendiri di biliknya, namun semalam mangsa tidur di bilik bapanya.”
Nenek mangsa yang melecur pada tangan kanan telah diberikan rawatan awal di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Rumah yang dihuni mangsa bersama ahli keluarganya ini adalah sebuah unit yang mengandungi tiga bilik dan mereka menyewa unit tersebut dengan harga RM100 sebulan.
“Dua lagi unit turut disewa dengan tiga penghuni di setiap unit dan unit ini turut terbakar. Api berpunca dari unit yang dihuni keluarga mangsa,” katanya.
Sementara itu, di unit forensik HPP, ahli keluarga mangsa enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kejadian menimpa anak yatim yang baru kematian ibunya tahun lalu.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan ren
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club