Kanak-kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam, jari manis tersekat tombol pintu. Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung, Tawau, Sabah pada Ahad.
Susulan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memotong tombol pintu berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak tersebut tersekat dalam tombol pintu sejak lebih satu jam lalu sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu tersebut sebelum berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.07 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Tombol Pintu Rosak Jangan Biarkan, Bimbang Ada Yang Terkunci Dari Dalam. Gantikan Segera Dengan Mudah, Ikut Step Ni!
Ni Caranya Membuka Tombol Pintu Yang Terkunci Dari Dalam. Siapa Sangka Mudah Je Rupanya!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my