Tidak dinafikan, kanak-kanak suka membuka tingkap sewaktu dalam kenderaan. Tidak kisahlah sama ada dalam kereta, van atau bas. Mereka juga gemar mengeluarkan tangan atau kepala untuk menikmati kedinginan angin.
Bagi kanak-kanak, mereka tidak tahu yang perbuatan ini mengundang bahaya pada mereka. Seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di luar negara.
Seorang kanak-kanak lelaki di Mexico dilaporkan meninggal dunia selepas menjulurkan kepalanya keluar dari tingkap bas sebelum terlanggar sebatang tiang.
Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Mexico dan insiden terbabit berlaku pada Ahad lalu di sebuah jalan raya di bandar Veracruz.
Menurut saksi, kanak-kanak berkenaan telah menjulurkan kepalanya ke luar tingkap bas dan terlanggar sebatang tiang ketika bas terbabit menghampiri bahu jalan raya.
Walau bagaimanapun, mangsa berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik dan mayatnya ditinggalkan di bekakang bas tersebut.
Sebaik pihak polis tiba di tempat kejadian, pemandu bas bertindak melarikan diri. Kejadian terbabit secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengguna media sosial turut mengkritik ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Ads
Itulah sebabnya ibu bapa perlu sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya tidak menjulurkan kepala ketika mereka menaiki bas.
Susulan daripada itu, pihak polis memaklumkan bahawa kejadian berkenaan masih berada dalam siasatan.
Ads
Para ibu bapa dinasihatkan agar menegur anak-anak agar tidak mengeluarkan anggata badan sewaktu kenderaan sedang berjalan.
Benarlah kata pepatah, ‘Beauty Is Pain’. Ramai orang terutamanya golongan wanita inginkan bentuk tubuh badan yang langsing, cantik dan perfect! Namun, ia bukan semudah itu. Ada pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan ini.
Demi penampilan yang cantik menawan, ramai wanita memang sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga. Sanggup menggadaikan nyawa dan wang tanpa memikirkan kesan yang bakal menanti kemudian hari.
Malah, ada yang sanggup berdiam diri walaupun menanggung kesakitan terutamanya apabila memakai korset yang sememangnya membuatkan mereka tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Ramai bersangka pemakaian korset akan memperbaiki postur tubuh badan. Namun, hakikatnya pemakaian korset yang ketat untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang.
Pemakaian korset juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Baru-baru ini, seorang wanita tengah membuat posting mengenai seorang lelaki OKU yang ditemui di sebuah kedai makan.
Melalui hantaran tersebut, wanita yang menggunakan akaun nama Emma Oshi ini telah berkongsikan penemuannya dengan lelaki tersebut yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), membuatkannya rasa simpati apabila lelaki tersebut ‘rebah’ apabila mendapat tahu bahawa isterinya baru meninggal dunia.
Atas rasa keprihatinan, wanita ini telah melancarkan tabung bantuan bagi membantu lelaki OKU ini memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil iaitu berusia 8 bulan.
Namun rupanya kebaikan dan keprihatinan wanita ini telah digunakan oleh lelaki ini. Hasil dari penularan hantaran tersebut, Emma telah menenui kebenaran dari kisah yang diputar belit oleh lelaki ini untuk meraih simpati ramai.
Lebih mngejutkan lagi, kebenaran tersebut telah diceritakan sendiri oleh keluarga lelaki tersebut.
Tanpa sebarang syak wasangka, rupanya lelaki OKU yang bernama Nazri ini telah menjalankan penipuan ini sejak sekian lama. Segala kisah sedih yang diceritakan adalah rekaan semata-mata di mana perkhabaran bahawa isterinya baru meninggal dunia ada satu penipuan. Isterinya masih hidup dan mereka tidak mempunyai anak berusia 8 bulan seperti yang diceritakan olehnya.
Berikut adalah hantaran di Facebook milik Emma Oshi
01.13 pagi (khamis)
UPDATE SCAMMER ( Nazri tu penipu)
08.30 malam (RABU) Pertama kali kejadian depan mata,maghrib tadi ema singgah la kedai makan nak beli makanan. Tengok2 abang ni rebah, ingatkan darah tinggi sampai collapse. Rupanya dapat tau dia baru dapat berita isteri dia dah meninggal dunia😢.
Dia datang kl cari kerja, dia cakap tak cukup dengan bantuan oku rm200 sebulan. Dari KL sampai klang cari kerja, barang2 dia ada dalam locker kat BTS KL.
Ema tanya abang ada nak call family ke? Kami call kan. Sekali ada orang tu buka fon tengok whatsapp memang dapat berita isteri dia dah meninggal dunia tanpa ada dia kat sana😭. Whatsapp tu 04.30 petang, handphone abang ni baru dapat on kebetulan bateri abis dia caj kat masjid.
LEPAS BACA WHATSAPP DIA REBAH😢
Dia cakap duit dia datang sini ada tambang je, hari ni langsung tak makan kebetulan orang masjid bagi duit belanja makan. Baru nak makan terus tak jadi makan.
Tadi ada kakak tu dah call ambulans, ema cakap bang kena pegi hospital dulu. Dalam keadaan mcm ni abang tak boleh jalan sorang nanti tumbang lagi. Riak wajah dia tak dapat nk bayang sedih yang dia rasa😔
Dia kata last tiket malam ni 11.45 malam ke jeli Kelantan, jauhnya sampai sini cari kerja.
Dia dah tak ada duit langsung.
Emma mohon jasa baik korang yang baca post ni kalau tak keberatan untuk sedekah pada abang Nazri ni supaya urusan dia menguruskan jenazah isteri dan perjalanan dia balik Kelantan dipermudahkan.
Semoga Allah kuatkan dia untuk jaga anak umur 8 bulan.
Dia usaha, dia ikhtiar cari jalan pegi negeri lain nak cari rezeki untuk anak dan isteri, tapi Allah lebih sayangkan isteri dia😞
(Ema edit balik, tak payah transfer ke account tu lagi ya, case closed)
Setelah mengetahui kebenaran tersebut, Emma dengan pantas membuat pengumuman di Facebook miliknya dan menjelaskan perkara sebenar kepada insan-insan yang sudah membuat sumbangan selepas hantaran itu tular.
Dalam live tersebut, Emma sendiri sudah reda dan mengikhlaskan pemberian derma tersebut kepada Nazri dan berharap perkara seperti ini tidak di ambil kesempatan lagi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab kerana akan menghilangkan kepercayaan kepada insan yang betul-betul memerlukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keadilan buat keluarga Allayarham Zulfarhan Osman Zulkarnain! Selepas tujuh tahun, akhirnya keluarga arwah akhirnya boleh merasa tenang dan berpuas hati selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut itu.
Allahyarham Zulfarhan bergambar kenangan dengan kedua ibu ayahnya (Sumber foto: Internet)
Keputusan ini telah diadili dan dibuat sebulat suara oleh tiga panel hakim bertauliah yang dipengerusikan oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin selepas memebenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesemua pesalah adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Lima daripada tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Beliau memberitahu, hakim bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkeliru dan terkhilaf apabila menyatakan mahkamah perlu mencari kecederaan yang paling serius bagi menentukan kejadian itu berniat, sehingga memindakan pertuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, membunuh tanpa niat.
“Kami sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman sahaja yang wajar dijatuhkan terhadap enam tertuduh iaitu di mana keenam-enam tertuduh ini hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
“Di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandotari 2023 yang berkuat kuasa pada 16 Jun 2023, hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan bunuh adalah hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.
“Dalam kes ini ada beberapa faktor yang memberatkan hukuman ini antaranya perbuatan tertuduh pertama hingga kelima cukup kejam. Si mati diikat kaki dan tangan semasa mereka menekap seterika ke badan si mati.
“Selain itu, sebelum diseterika, si mati dipukul beramai-ramai. Walaupun enam tertuduh nampak dan melihat si mati mengelupar kesakitan, mereka tutup mata, tidak peduli dan terus menekap seterika ke atas hampir keseluruhan badan si mati sehingga mengakibatkan 90 kesan lecur.
“OKT (tertuduh) 1 hingga 5 menekap seterika di seluruh bahagian badan si mati termasuk di kemaluan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusian dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.
Seterika wap yang digunakan untuk mencederakan Allahyarham Zulfarhan (Sumber foto: Bernama)
“Jadi kami bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh dilakukan shock not only judicial conscience but even the collective conscience of the society,” katanya ketika membacakan keputusan itu di sini pada Selasa.
Beliau sebelum membacakan hukuman itu meminta kesemua enam lelaki yang berada di kandang tertuduh untuk bangun. Kesemua tertuduh yang berusia 28 tahun itu dilihat memeluk ahli keluarga masing-masing sebaik sahaja hakim selesai membacakan keputusan itu.
Hadhariah turut menjelaskan tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem yang didakwa bersubahat membunuh turut dijatuhkan hukuman sama kerana keterangan mendapati tertuduh menghasut dan dengan sengaja membantu tertuduh satu hingga kelima menseterika si mati yang terjatuh.
“Malah dalam keterangan tertuduh keenam juga bersetuju dia adalah ketua intake bahawa semua cadangan dan arahanya dipatuhi oleh pelajar-pelajar UPNM sebagai tanda hormat.
“Dia juga mengarahkan semua supaya kejadian itu dirahsiakan daripada pihak atasan. Tidak ada langsung keterangan dari mana-mana saksi bahawa arahan tertuduh diingkari,” jelasnya.
Sebahagian daripada anggota keluarga tertuduh turut hadir ke Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya (Sumber foto: Bernama)
Sementara itu katanya, 12 lagi tertuduh lagi yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun.
“Dalam kes ini, kami sebulat suara mendapati faktor-faktor yang memberatkan hukuman mengatasi faktor-faktor peribadi tertuduh-tertuduh.
“Pada hemat kami, hukuman yang wajar ialah empat tahun penjara. Oleh itu hukuman penjara tiga tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun dari tarikh sabitan,” ujarnya.
Semua 12 pemuda itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Pada 2 November 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut atas tuduhan mencederakan Zulfarhan tanpa niat membunuh, tujuh tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.
Sementara 12 bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun mengikut Seksyen 330 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan.
Semua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.