Malang tidak berbau, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu ahli keluarga yang menerima perkhabaran duka pemergian anak secara tiba-tiba ketika bermain dengan rakan-rakannya.
Media semalam melaporkan mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, parah di kepala dan muka manakala Wan Aliff Danish Wan Mohd Naim, 10, masih kritikal dan Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, patah paha.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.33 petang.
Lokasi kejadian itu merupakan kawasan simpanan sementara tiang elektrik bagi tujuan projek di Jalan K16, Kampung Belukar.
Ads
Menurut kenyataan itu, TNB sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa terlibat.
“Justeru, TNB mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri tapak kerja dan menyentuh barang-barang binaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” menurut kenyataan itu.
TNB juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian itu dan membuat spekulasi, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan selain menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa terbabit.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain..”
Ads
Ketika menceritakan semula sebelum kejadian itu, Nor Zuraidah, 29 dan suaminya, Wan Mohd Naim Wan Fadzilah, 30, baru pulang berniaga di pekan Changlun dan nampak Wan Aliff Danish ketika itu sedang makan nasi di rumah mereka yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain dengan kawan dan sepupunya tetapi dalam 10 minit kemudian, saya dimaklumkan kejadian itu berlaku.
“Sebelum itu saya memang tak sedap hati tetapi benda dah jadi dan berharap supaya anak saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bedah siasat terhadap jasad Muhammad Aqil Wafiq dilakukan pada 10 pagi di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar dan dua lagi mangsa masih dirawat di HSB dan HJ ketika ini.
“Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian tiga kanak-kanak terbabit sedang bermain di atas longgokan tiang elektrik berkenaan dan kejadian berlaku apabila sebatang kayu lapik tiang itu patah menyebabkan longgokan tiang itu bergolek dan terus menghempap tiga kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.
Norhijah Abd Samat dan Mohd Nazib Mohd Supian, pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Awal Al Aezrieq. 9, Nurr Aemmyl Al’Laisyah Aeman, 8 dan Muhammad Aqkheer Al’ Aerieq, 1 tahun 3 bulan. Dua kelahiran pertama pasangan ini sama seperti anak-anak normal yang lain membesar dengan sihat dan ceria.
Namun ditakdirkan kelahiran ketiga, dikurniakan seorang anak yang cukup luar biasa dan lebih istimewa. Sememangnya pasangan ini begitu mengimpikan kehadiran anak kecil di dalam keluarga dek kerana sudah terlalu lama menanti.
“Sebenarnya kalau nak diikutkan Aqkheer atau lebih mesra dipanggil Baby Haq merupakan anak saya yang kelima. Memandangkan saya pernah gugur pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 saya sekali lagi disahkan mengandung namun kandungan tersebut di luar rahim dan jika diteruskan berisiko tinggi.”
Sejak disahkan mengidap penyakit Langerhan’s Cell Histiocytosis (LCH) iaitu sejenis penyakit kanser pada Jun yang lalu, Baby Haq sebenarnya telah banyak kali mengalami beberapa siri perubahan dalam dirinya. Dari seorang anak yang aktif, ceria dan membesar seperti anak-anak yang lain hinggalah di usia empat bulan mula menunjukkan penyusutan tahap kesihatannya.
“Ibu yang mana hatinya tidak akan tersentuh, lebih-lebih lagi apabila melihat anak yang di kandung kini sedang menanggung derita. Bersedih sahaja tidak menyelesaikan apa-apa. Lalu saya dan suami bersikap lebih positif, mengumpul semangat baru untuk berjuang bersama-sama Baby Haq.”
“ Sepanjang Baby Haq menjalani kaedah rawatan kemoterapi di Institut Pediatrik HKL untuk merawat penyakit kanser yang dihidapnya, pada bulan Julai yang lalu sekali lagi Baby Haq dimasukkan ke unit ICU sebab ada kompilasi dalam badan.
“Alhamdulillah, Baby Haq dan kami sekeluarga berjaya menempuh saat getir itu dengan tenang dan redha. Jika ingin dikira, dalam jangka masa dari awal tahun kami ‘berumah’ di hospital, doktor telah confimkan nafas Baby Haq beberapa kali pernah sesat (tiada).
“Paling terbaharu pada tarikh 8 Ogos lalu, doktor sahkan jantung Baby Haq berhenti berdegup dan Baby Haq telah pergi ketika sedang tidur. Ya Allah! Saya tengok sendiri bila mana tiub yang ada di tubuhnya ditanggalkan!
“Dan entah bagaimana, dengan kuasa Allah Baby Haq kembali menarik nafasnya dalam-dalam. Ketika itu ada lapan orang doktor dan lima orang jururawat berada di dalam bilik tersebut. Melihat kejadian itu, mereka segera sambungkan semula bekalan oksigen. Seribu rahmat saya rasakan dan syukur Baby Haq terus cekal untuk berjuang. Inilah sumber kekuatan saya sebenarnya dan sudah pastinya Allah Maha Tahu segala apa yang terjadi.”
Bagi anda yang berjiwa penyayang, jika ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah berbuat demikian. Disertakan no akaun ibunya seperti di bawah :
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ramai ibu bapa yang mengalami masalah untuk menidurkan anak lebih-lebih lagi yang sedang aktif seperti kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun. Ada yang terpaksa berkejaran dengan anak yang enggan tidur dan tidak berhenti bermain. Puaslah memujuk tetapi mereka masih enggan tidur. Jom baca artikel ini!
Di sini kami kongsikan rahsia untuk anda tidurkan anak tanpa memaksa mereka.
Tips pertama, malapkan lampu sebelum tidur. Malapkan lampu 1 jam sebelum tidur akan naikkan hormon Melatonin anak yang membantu anak rasa mengantuk dan jadi cepat tidur.
Tips kedua, jaga waktu tidur anak. Mengikut kajian, anak yang mempunyai ‘regular bedtime’ lebih hebat kemahiran membaca dan skor matematik.
Tips ketiga, jauhkan kafein, TV dan laptop 1 jam sebelum tidur. Jauhkan juga aktiviti yang buatkan anak terlampau letih. Anak yang ‘overtired’ biasanya susah untuk tidur.
Tips keempat, sediakan tempat khas untuk anak tidur. Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali aktiviti tidur. Ianya buatkan anak cepat lelap sebab badan dan otak anak jadi ‘connect’ dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.
Tips kelima, rutinkan anak tidur siang 15-30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur anak yang terkurang. Bahaya anak yang tak cukup tidur ini. Anak tak cukup tidur ini bahaya pada otaknya, badanya dan perkembangannya.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...