Kanak-kanak lelaki 10 tahun kritikal tercekik ‘gummy mata.’ Seorang kanak-kanak dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata.
Kanak-kanak Lelaki 10 Tahun Kritikal Tercekik ‘Gummy Mata’
Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, dikatakan rebah di Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, berkata kira-kira jam 10 pagi tadi, doktor memaklumkan Mohamad Fahmi masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan.
“Doktor beritahu sekiranya dia tidak tunjukkan maklum balas sehingga Jumaat ini, semua ubat akan dihentikan.
“Kami berserah kepada Allah SWT dan menyerahkan urusan rawatan kepada pihak hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mangsa ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang.
Menerusi satu hantaran Siti Farhani di Facebook memohon doa orang ramai mengenai perkembangan anak saudaranya itu, mendapat perhatian dan perkongsian warga maya.
Ads
Gula-gula berkenaan dikatakan dibeli di gerai di luar kawasan sekolah berkenaan.
Katanya, guru memaklumkan Mohamad Fahmi tersedak sebelum mahu ke tandas.
Ketika berjalan ke tandas, kanak-kanak itu terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum guru menghubungi ambulans.
“Guru ada buat panggilan video dengan pasukan perubatan yang meminta beliau memeriksa mulut Mohamad Fahmi sebelum menemukan gula-gula terbabit dalam tekak kanak-kanak itu.
“Ketika menerima pakaian Mohamad Fahmi dari pihak hospital, kami dapati sebiji lagi gula-gula itu dalam poket bajunya,” katanya.
Ibu dan bapa Mohamad Fahmi, Nuraini Mat Isa, 37 dan Mohamad Fakhruddin Fikri, 35, enggan mengulas kejadian buat masa ini.
Terdapat 10 langkah penting yang perlu diikuti. Ini turutan mengundi semasa berada di bilik undi:
1. Masuk bilik undi – anda boleh masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal selia pintu masuk di bilik undi.
2. Serah Mykad – serahkan Mykad atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan (jika ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
3. Semakan Mykad – kerani pengundian pertama akan memberikan Mykad atau dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang disebut oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.
4. Celup jari – bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.
5. Kertas Undi – anda akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.
6. Tinggalkan telefon – anda akan bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit/pintar.
7. Pilih calon – bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. Anda hanya boleh pilih satu calon sahaja.
8. Peti Undi – masukkan semula kertas undi tadi ke dalam peti undi yang betul.
9. Ambil semula telefon – bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil semula telefon bimbit/pintar yang diletakkan tadi.
10. Beredar- segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Langkah penyerahan telefon bimbit bermula pada langkah ke enam. Jika dilihat melalui infografik yang dikongsikan, pengundi diminta untuk bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit selepas menerima kertas undi.
Ketika membuang undi, pengundi hanya boleh memilih satu calon dan memasukkannya ke dalam peti undi. Setelah selesai mengundi, pengundi akan bergerak ke meja KTM semula untuk mengambil telefon bimbit yang ditinggalkan dan terus keluar daripada tempat mengundi.
Pastikan anda meninggalkan telefon bimbit di meja KTM. Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan tegas oleh petugas SPR.
CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI:
– Portal rasmi spr.gov.my
– Hubungi ibu pejabat SPR 03-8892 7018
– Semak dalam portal MySPR Semak di mysprsemak.spr.gov.my
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Perlu diingatkan bahawa, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika PRU15, menerusi satu infografik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pengundi tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit/pintar semasa membuat pengundian nanti.
Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalahtidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duka dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
@safwannazri7 Please la jaga MAK AYAH kita elok2😭😭 Sayu sangat2 bila kita tengok keadaan depa mcmni, depa semua oranh yang ditinggalkan keluarga, family yg dah malas nak jaga, family yang biaq diorang ni kat hospital, sebabtu diorang smua kat sini ! Allahu Soo harini Aku dengan team @kai_kaklong @nafidzrazak dan @kumpulan_megaklinik_zahran Pergi melawat pusat jagaan mahmudah aku happy sangat2 sbb dapat bagi diorang semua BAJU RAYA SET Sekali Sampin utk diorang BERAYA Tahun ni ! P/s : Btw pakcik yg menangis tu baru seminggu masuk sini😭😭 #PusatJagaanMahmudahMalaysia#MegaklinikZahran♬ original sound – Safwan Nazri
Lantas pakcik tua itu terus menangis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan kedukaan dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Beberapa hari yang lalu, banyak pengguna TikTok yang telah meniru aksi seorang pemuda yang videonya tular kerana aksi senget kepala dan suaranya yang lembut sewaktu melayan pelanggan.
Pemuda yang bernama Adib Aidil, berusia 24 tahun ini telah membuka gerai menjual pisang goreng cheese di Kajang, Selangor.
Penangan dari videonya yang viral di aplikasi TikTok, gerai yang diusahakan itu tidk menang tangan dengan kehadiran pelanggan dari perusuk negeri.
Malah, beberapa stesen TV dan juga radio turut mengundang Adib sebagai tetamu dalam program mereka.
Bagi yang belum mengenali Adib yang merupakan seorang graduan sekolah penerbangan ini berkata, sejak tular, dia berjaya menjual 70 kilogram pisang setiap hari yang habis dalam tempoh dua jam.
“Saya terkejut dan disebabkan viral ramai kenal Bananadibs. Perniagaan pula semakin ramai pelanggan sampaikan berjaya menjual 70 kilogram pisang hanya dalam tempoh dua jam.”
Kata Adib lagi, sejak tular ada juga yang menawarkan dia bergelar seorang model namun ketika ini mahu memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang.
Tambahnya, dia juga masih belum melupakan impian bergelar seorang juruterbang dan berharap impian itu bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tanggapan netizen yang menganggap Adib seorang lelaki lembut kerana karakternya yang soft spoken apabila bercakap, Adib menyangkal perkara tersebut.
Sebaliknya kata Adib, itu memang gaya percakapannya dengan orang lebih tua atau pelanggan iaitu lemah lembut.
“Saya lebih kepada lemah lembut bukan lelaki lembut.
“Saya memang macam itu kalau bercakap dengan orang tua atau pun dengan orang yang saya tidak kenali. Saya bukan lembut cuma lemah lembut sahaja,” katanya.
Semoga kejayaan Adib ini menjadi inpirasi kepada anak muda yang lain.
Kanak-kanak tercekik 'gummy mata' meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula 'gummy' mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.