Hebat betul! Seorang kanak-kanak comel bernama M Rajamitheran, baru je berusia 2 tahun 11 bulan, dah berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records (MBOR) pada 25 Oktober lepas. Rajamitheran dengan pantasnya dapat menyebut 57 logo kereta dalam masa satu minit sahaja. Ini merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi anak sekecil ini!
Memetik laporan Sinar Harian, ibunya, C Saranyaa, 33, berkata, pencapaian tersebut diterima bagi kategori bilangan logo kereta terbanyak yang dikenal pasti oleh kanak-kanak.
Rajamitheran yang merupakan anak tunggal mula menunjukkan minat terhadap logo kereta sejak berumur satu tahun selepas melihat kereta model Volkswagen di jalan raya buat pertama kali.
“Bermula dari situ, suami saya, S M Mugilan, 35, mula ajar (Rajamitheran) dengan kenal lima logo kereta dahulu menggunakan kad imbas kanak-kanak. Keesokan harinya, anak saya boleh ingat lima logo itu.
Ads
“Dalam masa dua bulan sahaja, dia sudah tahu 70 logo kereta. Dari situ selepas bincang dengan suami, kami cadang bawa Rajamitheran untuk MBOR,” katanya yang menetap di Ipoh, Perak.
200 LOGO KERETA
Menurut Saranyaa, sehingga kini Rajamitheran mampu menamakan 200 logo kereta.
Ads
Ujarnya, ketika sesi ujian bersama panel MBOR, Rajamitheran hanya dapat menjawab 45 logo kereta bagi percubaan kali pertama sebelum mencuba untuk kali kedua.
“Tapi hanya dapat jawab 10 logo sahaja dan untuk pengiktirafan ini, kami hanya diberi tiga kali percubaan.
Ads
“Saya ingat mereka hanya soal 70 logo kereta yang saya ajar sahaja, tetapi tidak sangka logo kereta yang Rajamitheran tidak tahu pun mereka tanya juga,” ujarnya.
Jelas Saranyaa, bagi percubaan terakhir, mereka diberi tempoh selama sebulan untuk membuat persediaan.
“Rajamitheran berjaya jawab 70 logo tetapi selepas tolak dari segi salah sebutan, pihak MBOR tetapkan sebanyak 57 logo yang berjaya dinamakan.”
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Elly Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih dan sebak atas kehilangan itu.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Masih ingatkah kita dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu?
Hari ini, Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kini berusia 13 tahun sudah pun dapat kembali ke sekolah selepas hampir setahun kejadian itu berlaku.
Perkembangan terbaru kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Asyifa Ghazali di laman TikToknya yang turut meluahkan rasa syukur apabila Darwisy sudah memulakan sesi persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1, baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas 336 hari adik Darwisy hari ini mula bersekolah.
“Kepada tuan puan yang selalu tanya tentang adik Darwisy, tnya khabar adik Darwisy terima kasih banyak-banyak ya tuan puan semua,” ujar Asyifa.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Darwisy dilihat cukup tenang dan semakin sihat berjalan ke sekolahnya.
Kanak-kanak itu sebelum ini pernah mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan.
Malah, Darwisy yang ketika itu berusia 12 tahun terpaksa ditidurkan kerana kritikal akibat daripada kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat Darwisy bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi serta memulihkan kesan lecur.
@eyfaghazali2696 alhamdulillah selepas 336hari adik darwisy hrini mula brsekolah kembali..kepada tuan puan..yg selalu tnya tentang adik darwisy..tnya khabar adik darwisy terima kasih bnyk2 ya tuan puan semua..🫶🫶 #adikdarwisytnb♬ bunyi asal – Asyifa Ghazali
Tidak sempat untuk menonton konsert jelajah penyanyi kesukaannya Jay Chou pada 26 Oktober lalu, seorang ibu hamil tidak menyangka dia melahirkan anak di Stadium National Bukit Jalil.
Difahamkan wanita berkenaan mengalami tanda-tanda untuk bersalin sebelum pasukan medik dikejarkan ke tempat itu bagi memberikan bantuan awal.
Tak lama kemudian bersaksikan ribuan penonton lain yang sedang beratur bagi memasuki stadium berkenaan, wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sihat.
Kelahiran bayi perempuan comel yang berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut membuat yang lain sama-sama bersorak kegembiraan.
Menurut perkongsian suaminya, isteri merupakan peminat Jay Chou dan dia sedia tahu isterinya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri konsert itu memandangkan tiket sudah lama dibeli.
Bahkan katanya dia, dia dan isteri yang langsung tidak menyangka kelahiran cahaya matanya itu merancang untuk menonton konsert artis pujaan isterinya itu tahun depan.