Kanak-Kanak Dipatuk Ular Kapak Yang Mengorok Dalam Kasut. Tangan Bengkak Hingga Bahu Dan Membiru

Share

Pada musim panas ini, orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati kerana haiwan-haiwan berbisa mula keluar dari tempat persembunyian mereka.

Jika sebelum ini, ular sering dilihat ‘menumbang’ di dalam mangkuk tandas, namun kisah kali ini lain pula ceritanya.

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila tangan anaknya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dipatuk seekor ular kapak yang menyorok di dalam kasut.

Menerusi video yang tular itu, pengguna yang dikenali sebagai @shimi_desa mendedahkan bahawa dia terus membawa anak kecilnya itu ke hospital selepas mendapat tahu anaknya dipatuk ular.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika anaknya itu bermain di sekitar kediamannya yang terletak di Sungai Besar, Selangor.

Kejadian yang tak dapat aku lupakan, anak bongsu Muhammad Aqil dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam.

Dapat tahu je kena patuk, terus gerak ke hospital. Masa ni aku panik gila, aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak di riba. Sementara nak sampai tu dia menangis menjerit tahan sakit.

Lebih menyedihkan ialah keadaan anaknya bertambah teruk selepas tangan yang dipatuk itu mula membengkak sehingga ke paras bahu dan membiru.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club