
Pada musim panas ini, orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati kerana haiwan-haiwan berbisa mula keluar dari tempat persembunyian mereka.
Jika sebelum ini, ular sering dilihat ‘menumbang’ di dalam mangkuk tandas, namun kisah kali ini lain pula ceritanya.
Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila tangan anaknya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dipatuk seekor ular kapak yang menyorok di dalam kasut.
Menerusi video yang tular itu, pengguna yang dikenali sebagai @shimi_desa mendedahkan bahawa dia terus membawa anak kecilnya itu ke hospital selepas mendapat tahu anaknya dipatuk ular.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika anaknya itu bermain di sekitar kediamannya yang terletak di Sungai Besar, Selangor.
Kejadian yang tak dapat aku lupakan, anak bongsu Muhammad Aqil dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam.
Dapat tahu je kena patuk, terus gerak ke hospital. Masa ni aku panik gila, aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak di riba. Sementara nak sampai tu dia menangis menjerit tahan sakit.
Lebih menyedihkan ialah keadaan anaknya bertambah teruk selepas tangan yang dipatuk itu mula membengkak sehingga ke paras bahu dan membiru.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Lupa Lakukan Amalan ‘Berbedak’ Selepas Anak Habis Demam Campak, Ibu-Ibu Wajib Buat Ni Untuk Hilangkan Parut!

Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Begini Jadi Ibu Bapa Positif, Sebarkan Aura Baik-Baik. Anak Pun Jadi Macam Tu Juga.

Benar bukan mudah nak jadi ibu bapa hebat. Semua kena jadi baik-baik tetapi kadang ada juga aura negatif dalam diri. Tetapi jejaskan persekitaran diri dan keluarga termasuk anak. Nyata, kena ada aura positif dalam diri. Jangan culas itu.
Begitulah perkongsian saudara Ammar Kamilin yang sungguh motivasi untuk memastikan dalam diri ibu bapa ada aura positif. Baru lah dapat anak-anak yang hebat.
Orang positif ni, bukan yang mengaku diri sendiri ‘positif’. Yang perasan diri sendiri ‘positif’.
Self-claimed.
Aura ‘positif’ ni adalah sesuatu yang dirasai oleh mereka yang berada hampir dengan orang positif.
Orang sekeliling yang rasa.
Dia tak perasan pun. Bagi dia, itu memang ‘attitude’ dia.
Berada dekat dengan orang positif,
– kita rasa semangat buat kerja
– kita rasa pagi sentiasa ceria
– kita rasa cabaran tu jadi biasa-biasa
– kita rasa hati aman tanpa mengata
– kita rasa nak buat sesuatu dalam teruja
– kita rasa sedih pun dalam reda
Bagus kan berada dekat dengan orang positif.
Sama juga berada dengan ibu bapa positif,
– kita rasa anak kita sentiasa ada harapan
– kita rasa anak kita ada masa depan
– kita rasa syukur dan reda dengan cabaran
– kita rasa Allah sentiasa dekat dan ada ketika meminta pertolongan
Kan?
Yang diri sendiri mengaku positif, lepas tu dok tak habis kata orang lain negatif, celah mana yang nampak dia positif? Perangai dok melabel orang tu, kan negatif!
Duduk kumpul ramai-ramai, zikir, positif, positif, positif, pun tak jadi apa. Kalau dalam masa sama, rasa kumpulan kita saja positif, kumpulan lain negatif.
Nila, masuk dalam air, akan biru semua. Bukan atas biru, bawah jernih.
Orang positif, begitulah. Auranya, semua orang rasa. Tiada sempadan kelompok.
-Ammar Kamilin-
“Ini Amanah Saya Pikul, Tak Sempurna Tapi Buat Terbaik.” Sebak Ketuai Bacaan Doa, PM Umum PKP Di Lanjut 14 April 2020!

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020.
“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia. Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya
Dalam ucapannya, Perdana menteri mengakui bukan mudah untuk semua duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama.
“Pastinya banyak cabaran yang saudara-saudari hadapi pada waktu ini. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah dengan sekelip mata. Tetapi saya lihat ramai yang kreatif. Saya tengok di facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiripun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat nak berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
“Ibu-ibu pun, kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.
“Ringkasnya, kita semua mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa pun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Ya, seperti ungkapan yang sering kita dengar, when going gets tough, only the tough gets going. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharunginya.
“Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID 19 adalah sejenis wabak yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia. Kadar jangkitannya begitu cepat. Hari ini seramai 422,829 orang telah dijangkiti wabak ini di seluruh dunia dengan 18,907 kematian.
“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini. Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal.
“Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah. Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil 13 cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula.”Ujar Perdana Menteri lagi.
Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu. Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan.
“Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.
“Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya. Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing,” sambil menutup ucapan dengan membacakan doa dengan nada penuh sebak.
Untuk ucapan penuh boleh baca di sini.
Sumber: kkm