Percutiaan bertukar tragedi. Pilu sebuah keluarga apabila anak tersayang telah meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di kolam.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki maut akibat lemas semasa mandi kolam di sebuah kediaman di Tasik Residensi Jalan Putra Prima Utama, Puchong, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 2.40 petang daripada pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Ads

“Mangsa berusia tujuh tahun dan menetap di Kampung Beserah, Kuantan di Pahang.

“Mangsa bersama keluarga datang bercuti di rumah keluarganya itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kanak-Kanak 7 Tahun Lemas Ketika Bercuti Bersama Keluarga

Ads

Beliau berkata, siasatan mendapati, kira-kira jam 11.30 pagi hari kejadian, mangsa dan ahli keluarganya mandi di kolam renang.

Katanya, namun tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa telah masuk ke kolam orang dewasa dan lemas di kolam berkenaan.

Ads

“Bedah siasat di hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) juga dibuka dalam insiden ini,” ujarnya.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini.

Sumber: Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI