Kanak-kanak 6 tahun maut tersepit celah meja lipat. Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat ketika bermain di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian ibu serta adik-beradik mangsa yang lain berada di dalam rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari belakang rumah.
Namun selepas melihat kejadian berkenaan, mereka cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Difahamkan, polis menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat melakukan siasatan di rumah mangsa selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Parit Buntar,Perak. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Hari Pertama Peperiksaan Bertulis SPM, Sokongan Padu Ibu Bapa Sedia Sarapan Untuk Anak-Anak
5 Makanan Otak Yang Disyorkan Pakar Untuk Anak SPM
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Sepatutnya Duduki Ujian Bertutur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my