
Isi Kandungan
ToggleKanak-kanak 6 tahun maut tersepit celah meja lipat. Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat ketika bermain di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Rabu.
Kanak-kanak 6 Tahun Maut Tersepit Celah Meja Lipat

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang rumah bandar (townhouse) yang disewa ibunya.
Difahamkan, ketika kejadian ibu serta adik-beradik mangsa yang lain berada di dalam rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari belakang rumah.

Namun selepas melihat kejadian berkenaan, mereka cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Difahamkan, polis menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat melakukan siasatan di rumah mangsa selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Parit Buntar,Perak. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Hari Pertama Peperiksaan Bertulis SPM, Sokongan Padu Ibu Bapa Sedia Sarapan Untuk Anak-Anak
5 Makanan Otak Yang Disyorkan Pakar Untuk Anak SPM
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Sepatutnya Duduki Ujian Bertutur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Rupanya Ada Doa Nak Bersihkan Hati, Bila Cemburu Anak Orang Lain Bagus, Lagi Advance. Ikuti Doa Yang Dipraktiskan Ibu Ini

Cabaran ibu bapa dalam mendidik anak bukan suatu yang mudah. Termasuk berasa cemburu dengan kejayaan anak orang lain. Lumrah setiap ibu bapa inginkan anak yang hebat-hebat. Baca perkongsian ibu ini Nurul Ilyani sungguh inspirasi.
____________________________________________________________________
Selalu cemburu nikmat orang lain? Cemburu anak orang lain lagi pandai, lagi bagus, lagi advance?
Anda tidak berseorangan. Mustahil dalam jiwa manusia itu tidak ada perasaan cemburu. Tapi Islam ada panduan nak menangani perasaan cemburu.
Ada anak didik saya dulu di APC Sri Gombak 2, kawan Dhuha, anak kawan saya Khairiah Abdul Rahim (tak boleh tag pula), sebaya Dhuha. Kalau saya nak ulas, mashaAllah tabarakallah. Dia contoh yang baik. Dia bench mark untuk saya train Dhuha.
Bila dia dengan rakan, dia such a nice friend. Dia suka tolong without people asking.
Dia pandai hormat guru. Bila dia duduk di posisi follower, dia jadi follower yang baik. Jadi dia mudah beri kerjasama dalam kerja kumpulan.
Dia pandai jaga ton suara. Dia ada self-confidence. Walaupun saya tidak pasti tahap akademik dia (tahun depan baru dia join Loppy Academy), saya pasti akademiknya tahap yang baik.
Bila dia dalam kumpulan yang semua pasif, dia ubah karakter untuk jadi seorang ketua.
Masa saya observe, saya banyak kali cakap dengan suami, I just make a du’a yang Dhuha at least ada akhlak sebagus ini, mashAllah. Masa suami tengok dia, suami ada pandangan sama. We both agreed on that.
I make du’a for her yang satu hari nanti dia akan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Being a teacher and a mother at the same time, I would sometimes feel jealous.
Jadi ada doanya kawan-kawan, wanita-wanita, ibu-ibu. Kenapa nak doa kepada orang yang kita cemburu itu?
Manfaat doa ini:
1) Bila kita doakan Allah tambahkan lagi kebaikan kepada orang, malaikat akan doakan kita yang sama. Jadi sebenarnya, kita doakan diri kita.
2) Bila doakan orang, kita bersihkan hati kita yang kotor. Bila kita selalu cemburu sebenarnya hati kita beracun. Jadi bila Allah bersihkan hati kita melalui doa, kita lebih dekat dengan Allah.
Akhirnya, banyak manfaat kita dapat, MashaAllah. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.
Jadi.
Ini doanya. Pendek saja. Maknanya mashaAllah deep sangat.
“Allahumma zid wa barik”
“O Allah, increase them in what you’ve given them and put blessings in it.”
Ya Allah, tambahkan apa yang Kau berikan kepada mereka dan kurniakan keberkatan. Aamin.
Share jika bermanfaat especially to a mother like me
Ummu Ilham
Homeschooler
Educator
Mompreneur
5 Tahun Kami Tunggu Zuriat Sendiri, Akhirnya Allah Beri Kami Berganda, Bukan 2 Tapi 3!

Disahkan mengandung anak kembar pastinya diimpikan oleh semua wanita. Hebat rasanya malah dianggap rezeki paling hebat.
Mengimpikan sepasang anak kembar sememangnya menjadi keinginan semua pasangan suami isteri namun diberikan rezeki Allah kembar tiga pastinya terasa bagaikan satu keajaiban yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Inilah yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nurzahirah Mohamed Ibrahim dan suaminya, Mohd Najib Fahmi Mohd Tahar. Pasangan kembar tiga mereka, Daim Haris, Danisha Huda dan Darwisy Hakim kini sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan.
“Sungguh saya terkejut dan gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan saya mengandungkan anak kembar. Bukan dua tetapi tiga!
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira dan terkejut. Tidak terkata dan sangat bersyukur kerana diberikan anugerah tidak ternilai. Akhirnya penantian kami suami isteri dimakbulkan olehNya.
Lima tahun saya tunggu untuk peroleh zuriat selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober 2009. Lama menunggu namun Allah beri kami berganda.
Semuanya selepas saya menjalani rawatan kesuburan di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Dua tahun juga saya ambil pil kesuburan dan akhirnya saya buat suntikan hormon di perut setiap dua hari sekali. Sebulan selepas itu saya disahkan hamil. Sungguh saya bersyukur.
Sama seperti ibu hamil lain, saya juga mengalami morning sickness pada waktu pagi dan waktu tengah malam. Namun saya mula membiasakan diri.
Alhamdulillah tiada alahan yang saya alami semasa mengandung. Namun saya dinasihatkan oleh doktor untuk lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam, kerang dan juga hati untuk menambah darah kerana darah saya agak rendah ketika itu.
Perut saya juga membesar dengan cepat seperti kandungan 6 atau 7 bulan, padahalnya ketika itu kandungan saya baru berusia 5 bulan.
Pernah juga saya ditahan selama 5 hari di hospital kerana mengalami kontraksi seperti mahu bersalin. Syukur setelah rawatan diberikan saya kembali pulih.
Setelah kandungan berusia 29 minggu, saya dimasukkan ke hospital dan doktor terus memberikan tarikh untuk saya bersalin iaitu pada 34 minggu.
Tiada pilihan lain kerana kedudukan 2 bayi di dalam perut yang songsang dan seorang lagi melintang di bawah perut. Saya dinasihatkan untuk berehat di hospital sahaja sepanjang tempoh itu.
Saya serta kandungan sentiasa dipantau oleh doktor pakar, manakala setiap 4 jam sekali jururawat akan memastikan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan selamat.
Malah saya juga terpaksa dipakaikan dengan tali pinggang sokongan untuk menjaga tulang belakang dan mengurangkan sakit pinggang yang saya alami.
2 Jun 2014 menjadi satu tarikh yang begitu dinantikan kami berdua. Walaupun sangat teruja untuk melihat anak-anak kami sendiri dalam beberapa jam lagi namun disudut hati ini juga terasa amat takut.
Untungnya bukan hanya suami malah ibu mertua saya, Hajah Shahrumbi juga dibenarkan untuk masuk ke dewan bedah kerana dia merupakan seorang staff nurse di hospital itu.
Lebih kurang 20 orang termasuklah doktor pakar bedah, doktor pakar anestetik, doktor pakar kanak-kanak, doktor pelatih serta jururawat menyambut kelahiran anak saya.
Tepat jam 9 pagi, bilik bedah yang sunyi bertukar menjadi meriah dengan suara tangisan tiga-tiga bayi saya. Anak pertama saya, Daim Haris (1.8kg) dilahirkan diikuti Danisha Huda (1.6kg) dan selang 2 minit kemudiannya barulah Darwisy Hakim (2kg) dikeluarkan.
Daim Haris dan Danisha Huda ditunjukkan terus kepada saya manakala Darwisy Hakim terpaksa dimasukkan terus ke unit rawatan rapi NICU kerana kurang oksigen.
Ketiga-tiga bayi kembar saya ini dimasukkan ke dalam inkubator kerana saiz dan berat badan mereka yang masih kecil. Keadaan saya pula sedikit lemah, dua kali juga saya pengsan ketika bangun dari katil, kerana kehilangan banyak darah.
Hari ke 9 saya dan Darwisy Hakim dibenarkan keluar hospital. Manakala Daim pada hari ke 14 diikuti Danisha pada hari ke 21. Kami sangat gembira malah seluruh keluarga teruja untuk melihat ketiga-tiga kembar ini bersama untuk kali pertama.
Memori Indah
Pengalaman menjaga mereka semasa bayi amat berharga dan takkan saya lupakan. Saya berpantang di rumah ibu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja, rumah ibu terus bertukar seperti pusat asuhan kanak-kanak. Mana tidaknya, hampir kesemua ruang, dari ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air semuanya terdapat peralatan bayi.
Pada peringkat awal kami memakaikan kembar 3 ini dengan baju warna yang berlainan supaya tidak tertukar. Mereka juga telah saya sediakan buku catatan masing-masing supaya perkara seperti memberi susu, menukar lampin dan memberi ubat dan sebagainya tidak tertukar.
Banyak kenangan lucu yang kami lalui ketika waktu ini. Pernah suatu hari tokwan mereka, iaitu ayah saya memakaikan Daim dengan baju berwarna merah jambu kerana dia sangkakan itu adalah Danisha.
Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali juga. Malah Darwisy dan Daim juga selalu tertukar. Memang sangat lucu ketika waktu itu.
Bagi saya dan suami memang kami dapat bezakan ketiga-tiga mereka kerana mereka bukanlah kembar seiras. Tidak hanya ibu dan ayah malah kami juga dibantu oleh dua orang pembantu lain yang membantu melancarkan lagi perjalanan harian kami.
Ketika itu, walaupun saya masih lemah dan sangat penat malah luka pembedahan juga masih belum sembuh sepenuhnya tetapi kehadiran mereka di dalam keluarga saya membuatkan saya lebih sempurna dan gembira.
Sejak hadirnya kesemua anak-anak ini, adakalanya saya dan suami terasa seperti selebriti. Jika kami sekeluarga keluar di hujung minggu, sebaik kereta sorong bayi ditolak, ramailah yang teruja dan bertanyakan pelbagai soalan kepada saya dan suami.
Begitulah sepanjang perjalanan kami sepanjang hari itu. Saya tidak kisah malah seronok berkongsikan cerita dan pengalaman saya kepada mereka yang ingin tahu.
Kepada mereka yang berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki untuk punya zuriat sendiri, janganlah berputus asa. Berusaha dan berdoalah.
-Zahirah-
Dosa Yang Menyekat Rezeki, Lima Ni Kena Elak Jadi Amalan.

Setiap hari kita bekerja atau pergi berniaga. Semua ini adalah untuk mencari rezeki buat keluarga.
Namun peliknya rezeki seakan sukar. Ada sahaja masalah yang mendatang. Muhasabah jika ia berlaku pada diri. Sebagaimana nasihat ustazah Aminah Yusof menerusi facebooknya.
Dosa yang menyekat rezeki.
1.Mencari harta dalam kemaksiatan. Ramai orang buat tapi tak perasan. Keluar bekerja hari masih gelap, pulang semula hari dah kelam, tapi gaji tetap tak mencukupi dan rasa sedikit. Ada perkara yang menyekat rasa cukup dan memadai iaitu meninggalkan solat 5 waktu. Pakaian dedah sana dedah sini, bergaul bebas, tabarruj dan sebagainya. Kerjalah sekuat dan selama manapun, rezeki kita tidak akan cukup kerana yang memberi kekayaan itu bukan bos atau majikan tetapi Allah yang kita tinggal-tinggalkan.
2. Nampak berharta tapi kedekut untuk memberi. Kata ulama orang yang kedekut untuk bersedekah salah satu dosa yang akan menyekat rezeki yang berkat. Banyak menyimpan, jumlah duit terkumpul sangat besar namun tidak dapat merasai nikmatnya, seolah fakir miskin.Tetap mengemis dan sentiasa rasa takut dengan kehilangan. Berdikit-dikit bukan kerana Allah tetapi kerana membesarkan sifat kedekut.
Orang berharta yang pemurah akan kelihatan sederhana. Tidak bermewah dengan pemberian Allah, mempunyai rutin kehidupan yang luar biasa namun kenderaan yang biasa2, makan pakai yang sama dengan orang kebanyakan dan bersahabat juga dengan orang biasa2.
3. Merasa sombong dengan kekayaan yang ada. Semua nak ditayang.. Banglow seisinya, barang kemas, eksesori, lifenya yang mewah, travel sana sini. Namun percayalah mereka sebenarnya merasa sangat miskin dan papa. Kegembiraan yang ditonjolkan hanya untuk meraih perhatian manusia kerana mereka merasa hilangnya perhatian Allah.
4. Sembunyikan hartamu dan laburkan ia untuk kesenangan akhirat. Rugi jika harta itu di bazirkan sekadar untuk perhatian manusia sedangkan hati tetap juga merasa resah dan sempit.
5. Hilang rasa tawakkal. Merasakan segala harta yang dikumpul ada hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan dari izin dari Allah swt.
Sabda Rasulullah SAW :
“Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi dengan perut kosong dan pulang pasti dengan perut kenyang”
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.