Berita

Kanak-Kanak 6 Tahun Lemas, Abang Cuba Bantu Tapi Gagal

Share

Musim cuti telah bermula, namun khabar duka buat sebuah keluarga apabila kehilangan anak tersayang.

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut selepas dipercayai lemas akibat tergelincir ke dalam tali air di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok Kelantan pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Bashir Mohd Arman, bersama abangnya, Mohd Iman Baharin, 10, dikatakan berbasikal ke kawasan tersebut, kira-kira 500 meter dari rumah mereka, sekitar jam 9.10 pagi untuk memancing.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, abang mangsa melihat adiknya itu tergelincir ke dalam sungai dan cuba membantu, namun gagal.

Foto kredit: Harian Metro

“Abang mangsa balik ke rumah memberitahu ibu mereka bahawa mangsa lemas. Kakak mangsa kemudiannya menghubungi bapanya untuk ke lokasi.

“Mayat mangsa ditemukan empat jam selepas pencarian oleh bomba dan polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mayat kanak-kanak itu dibawa dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit dilihat tidak dapat menahan sebak.

Mereka dilihat meratapi jenazah kanak-kanak malang itu sebaik sahaja mayatnya ditemukan pasukan penyelamat selepas pencarian selama empat jam.

Dalam pada itu, Mohamad Ismail menasihatkan masyarakat supaya cakna keberadaan anak masing-masing pada musim cuti sekolah ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Harian Metro