Musim cuti telah bermula, namun khabar duka buat sebuah keluarga apabila kehilangan anak tersayang.
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan maut selepas dipercayai lemas akibat tergelincir ke dalam tali air di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok Kelantan pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Bashir Mohd Arman, bersama abangnya, Mohd Iman Baharin, 10, dikatakan berbasikal ke kawasan tersebut, kira-kira 500 meter dari rumah mereka, sekitar jam 9.10 pagi untuk memancing.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika kejadian, abang mangsa melihat adiknya itu tergelincir ke dalam sungai dan cuba membantu, namun gagal.
Ads
“Abang mangsa balik ke rumah memberitahu ibu mereka bahawa mangsa lemas. Kakak mangsa kemudiannya menghubungi bapanya untuk ke lokasi.
“Mayat mangsa ditemukan empat jam selepas pencarian oleh bomba dan polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ads
Mayat kanak-kanak itu dibawa dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.
Terdahulu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit dilihat tidak dapat menahan sebak.
Ads
Mereka dilihat meratapi jenazah kanak-kanak malang itu sebaik sahaja mayatnya ditemukan pasukan penyelamat selepas pencarian selama empat jam.
Dalam pada itu, Mohamad Ismail menasihatkan masyarakat supaya cakna keberadaan anak masing-masing pada musim cuti sekolah ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kekal di banglo 6 tingkat, Yusof Haslam ambil langkah berjaga-jaga sejak 30 tahun. Umum mengetahui bahawa kejadian tanah runtuh di lereng bukit Taman Melawati menjadi tumpuan ramai sejak semalam.
Antara penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian adalah Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam. Namun menurutnya dia memilih untuk kekal tenang walaupun berdepan dengan insiden tanah runtuh yang berlaku berdekatan dengan kediamannya.
Memetik laporan Sinar Harian, Yusof, 70, menyatakan tidak bercadang untuk meninggalkan rumah agam enam tingkatnya di Taman Melawati, walaupun tanah runtuh terjadi kira-kira 400 meter dari situ.
INI BUKAN KALI PERTAMA, KEKAL DI KEDIAMAN SEJAK 30 TAHUN
Namun, jauh di sudut hatinya beliau mengakui tidak terlalu yakin dengan keadaan tanah di kediamannya, sebaliknya berseraha kepada Allah SWT. Pada masa yang sama, tetap mengambil langkah berjaga-jaga sejak menetap di situ.
“Saya tidaklah terlalu yakin, tapi saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH SWT. Sepanjang 30 tahun menetap di sini, saya tidak pernah berpindah walaupun pernah berlaku kejadian tanah runtuh.”
“Ini juga bukan kali pertama tanah runtuh berlaku berhampiran rumah saya. Saya sentiasa ambil langkah berjaga-jaga, tetapi kalau terjadi juga, itu ketentuan ALLAH SWT.”
Yusof turut menjelaskan bahawa kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut sudah boleh dijangka memandangkan pernah berlaku hakisan sebelumnya.
Oleh itu, beliau berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih serius untuk mengelakkan insiden serupa daripada berulang.
ADA HAKISAN DAN RUNTUHAN KECIL AKIBAT HUJAN LEBAT
Katanya lagi, sering melalui kawasan itu dan sebelum ini sudah nampak beberapa hakisan dan runtuhan kecil sejak beberapa bulan lepas.
“Memang nampak tanah ini akan runtuh bila hujan lebat sekiranya tidak berbuat berbuat sesuatu kerana air longkang mengalir di tepi itu dan menyebabkan hakisan.”
“Harapnya ada tindakan sewajarnya supaya runtuhan itu tidak bertambah buruk selepas ini,” jelasnya.
GUNA DUIT SENDIRI DEMI KESELAMATAN KELUARGA
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan di sekitar kawasan rumahnya, figura yang terkenal menerusi karya Gerak Khas itu sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang masalah hakisan tanah.
Malah Yusof sendiri tidak berkira untuk mengeluar duit poket sendiri bagi membaiki masalah longkang pecah atau tersumbat di sekeliling rumahnya biarpun ia di bawah tanggungjawab majlis perbandaran.
“Sebelum menetap di sini, pernah ada kejadian tanah runtuh. Jadi saya sudah ambil langkah sewajarnya dengan mengupah jurutera, memasang tembok penahan tanah.
“Kalau longkang pecah atau tersumbat pun, saya upah orang untuk baiki, saya tidak tunggu majlis perbandaran sebab saya sedar mereka juga ada banyak kawasan lain yang boleh dipantau.
“Saya sendiri setiap minggu akan turun pantau kawasan rumah dengan pekerja saya. Memang makan perbelanjaan yang tinggi, tetapi kita perlukan utamakan aspek keselamatan dan saya jaga semua aspek itu.
“Cuma kalau berlaku juga, itu kuasa ALLAH SWT,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, “Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat.” Tahniah buat Farhatul Fairuzah apabila menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, “Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat”
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pelakon terkenal Fattah Amin luah syukur live di Tiktok sebelum ini menjadi fenomena dan bercadang untuk mendedahkan identiti sebenar Pak Mat Western pada Jumaat ini.
Muat naik video dengan tonton hampir 1 Juta menerusi akaun Instagram millik, Fattah Amin bercadang untuk membuat kelainan promosi jenama kambing perap terkenal itu menerusi sesi live TikTok pada hari Jumaat ini dengan kemunculan individu bernama Pak Mat Western.
“Untuk kelainan ajak Pak Mat joint sekali live tu.” – Fattah Amin
Terdahulu menerusi video, Fattah Amin memberi penghargaan kepada peminatnya dengan mengucapkan terima kasih setelah live di tiktok menjadi fenomena.
Video yang dirakam secara swafoto itu memperlihatkan gaya penyampaian Fattah secara santai turut meluahkan rasa terkilan apabila ada peminat mengadu di bahagian komen tidak dapat membeli pada minggu lepas.
Katanya demi menghargai peminatnya, dia telah memberi cadangan untuk mengadakan sekali lagi live untuk memenuhi permintaan peminatnya.
Fattah memberi tahu live itu akan diadakan pada hari jumaat jam 9 malam di platform yang sama sebelum ini.
NETIZEN TAK SABAR NAK TAHU IDENTITI PAK MAT
Aoa yang pasti, sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah sebenar Pak Mat Western.
“Fattah nak reveal muka pakmat.”
“Pandai Fattah nak reveal muka pakmat.”
“Betul ke PakMat nak muncul live dengan Fattah ni.
“Kita pun curious ni siapaaaa PakMat sebenarnya.”
Untuk info, minggu lalu Fattah telah muncul dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka. Sesi siaran langsung selama tiga jam tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 dan lebih 44 juta tanda suka.
Perkongsian kali ni sangat bermanfaat, terutamanya untuk mereka yang selalu batuk waktu baring nak tidur. Ini tips dari Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak,...