Sebelum ini tular anak sulung Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid dikejarkan ke hospital dan menerima beberapa jahitan pada dagu akibat jatuh tersembam ketika bermain skuter.
Berikutan kejadian itu, Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tokti terpaksa membatalkan persembahannya dan meminta maaf pada klien atas kemalangan yang berlaku.
Baru-baru ini, menerusi live di laman Instagram miliknya, Tokti mendedahkan dia telah dimarahi suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar.” katanya dalam live yang dimuat naik di Instagramnya.
Tokti menjelaskan skuter itu sudah lama dibeli malah ini bukan kali pertama dinasihati oleh suaminya untuk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan skuter itu namun dia tidak menghiraukan.
Ads
Sehinggalah pada hari kejadian, pelantun lagu Purnama Merindu terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara. Tidak menunggu lama, Tokti bergegas turun untuk melihat anaknya itu.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah.” tambahnya.
Ads
Datuk K yang turut berada di situ terus menegurnya kerana dia sudah melarang namun tidak diambil tindakan. Kata Tokti, dia hanya mendiamkan diri kerana sedar dengan kesilapan tersebut.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Kini sejak PKP dulu dan PKPB ramai yang duduk di rumah. Jadi ketika ini meluangkan masa di rumah, ada yang melakukan pelbagai aktiviti berfaedah di rumah. Salah satunya melakukan dekorasi pada kediaman.
Menerusi perkongsian ini saudara Fathi Rahman, beliau berkongsi cara dan kos membuat Shiplap Wall di ruang tamu. Jika dilihat caranya kelihatan mudah dan jimat jika dilakukan sendiri.
Bagi yang bercadang inginkan kelainan di ruang tamu, apa kata mencuba cara ini. Sesuai bagi yang mempunyai dinding yang kosong, tiada hiasan apa-apa. Jadi, bolehlah buat hiasan di dinding yang kosong di rumah anda dengan meletakkan kayu shiplap. Cara dekorasi seperti ini sudah menjadi trend kini. Boleh buat sementara dalam tempoh PKPB.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
DIY Shiplap Cara Senang Dan Jimat.
Maklumat DIY:
Meterial kayu: MDF BOARD ( Boleh dapatkan di hardware/ kedai kayu)
Panjang 8 kaki
Lebar 4 kaki
(Potong ikut citrasa)
Kos:
Kayu panjang 8kaki x Lebar 4 kaki
Tebal 0.5 inci
Saya punya Wall 9 x 9 kaki
Jadi yang hujung 1 kaki kena sambung sikit mcm saya tunjukkan dalam video
Mdf Board Siap potong, request saiz
8 kaki panjang x 5 inci lebar = 26 keping (lebih lagi 3 keping)
Lebih kurang RM280
Campur cat dan bahan-bahan lain
KOS dalam RM390
Tampal guna gam silicone 3 botol cukup untuk Wall 9 x 9kaki
Cat boleh guna jenis water based. Gunakan undercoat putih terlebih dahulu.
SEBELUM
Siap potong, request saiz, 8kaki panjang x 5inci lebar = 26 keping Lebih kurang RM280. Tebal mdf 0.5 inci.Tampal guna gam silicone
Di antara mdf board tu nak bagi nmpk shiplap letak duit syiling atau batang aiskrim. Supaya nampak ada gap sikit antara mdf tu supaya boleh nampak pattern ala-ala macam papan yang di kapal.
Bila sebut tentang Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, selain mengenali kehebatan dan personaliti beliau, malah kini anak-anak beliau turut menjadi tumpuan wargamaya.
Mana tidaknya, beliau sering berkongsikan tentang keluarganya dengan pelbagai ragam anak-anak yang kian membesar.
Baru-baru ini, Dr Sheikh Muszaphar ada memuat naik satu video di mana situasi beliau menyuap anak-anak kembarnya, Eusoff dan Emelia makan.
Yang menjadi perhatian dalam video tersebut, gelagat dua beradik tersebut yang sangat aktif sehingga memanjat badan beliau!
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua anaknya yang masih kecil itu. Kedua-duanya tidak duduk diam dan memanjat bapa mereka dari belakang dan tepi. Biarpun dalam keadaan kecoh itu, dilihat Dr Sheikh Muszaphar tetap tenang melayan anak-anaknya.
“Eusoff & Emelia senang makan . They eat almost anything that is served. But today was a struggle. It took me 30 minutes just to make them eat. Nak main main dulu. Haha” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat sabar Dr melayan kerenah anak-anak. Malah, ada juga yang samakan situasi merek dengan video yang dimuat naik oleh Dr Sheikh ini.
Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan.
Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya.
Amati perkongsian beliau.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...