Gurauan pelawak Singapura yang tular semalam kerana membangkitkan isu warganegara dan juga menjadikan tragedi MH370 sebagai satu bahan jenaka telah mengundang kemarahan ramai terutama rakyat Malaysia.
Susulan daripada itu telah mengundang isteri kepada salah seorang KRU MH370, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman tampil menyelar keceluparan Jocelyn Chia.
Intan menyifatkan pelawak tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas MH370.
‘Anak lelaki saya, Muhammad masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya dan kamu menjadikan MH370 ini sebagai bahan jenaka.’
‘Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan perasaan.’
‘Tambah Intan lagi, Jocelyn tidak seharusnya menggunakan lawak hambar sedemikian semata-mata untuk meraih populariti.’
‘Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada kamu yang duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji.’
Di akhir video tersebut, Intan berharap agar Jocelyn menjadi seorang wanita yang berguna dan tidak melakukan perkara bodoh yang memalukan diri.
Terbaharu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club