Perjalanan hidup membina keluarga tentu ada dugaannya. Sekali sekala diuji, tinggal lagi bagaimana cara untuk kita berdepan situasi tersebut.

Ini sebagaimana perkongsian seorang isteri ini yang diawal perkahwinan terpaksa berjauhan dengan suami bahkan disaat melahirkan anak, suami tiada disisi.

Namun semua itu tidak sedikit pun baginya menyalahkan keadaan, bahkan apa yang dilalui menjadikan dirinya cukup positif.

Ikuti perkongsian penuh darinya.

Life doesn’t work the way we want it to be, but it works the way how it SHOULD be.

Dalam gambar ni, adalah kali pertama husband Kak Nita jumpa anak Kak Nita, Safiyyah. Iya, masa tu Safiyyah baru berumur sebulan.

Atas sebab yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa PJJ (Japan – Malaysia) pada hujung 5 bulan kehamilan Kak Nita. Kak Nita beranak sendirian secara pembedahan di hospital kerajaan, tanpa ditemani suami semasa melahirkan.

Pengalaman semasa melahirkan, hanya Tuhan saja yang tahu. Macam-macam yang Kak Nita hadapi. Iyalah, tinggal di hospital kerajaan tak boleh nak expect macam-macam. Kak Nita akur dan faham kekangan itu.

Masa tu juga, Kak Nita tak kerja, husband pula student. Takde duit. Masa tu Kak Nita baru mula bisnes online ni, bayangkan masa masih pantang seminggu, luka pembedahan masih merah, dah merangkak bungkus parcel, merangkak ambil barang, sebab sakit luka masih ada. Demi Allah, tak tipu. Iya, Kak Nita hampir meroyan. Post-partum depression is real. Very real.

Sebulan selepas melahirkan, Kak Nita masih dalam pantang, dah fly ke Jepun, hanya berdua dengan Safiyyah, yang masih bayi, sebulan umur dia masa tu. How I did it? I don’t know. Mungkin pertolongan dari Dia, Safiyyah pun tak banyak ragam sepanjang 7 jam perjalanan flight kami berdua.

Sampai ke imigresen Jepun, Kak Nita ditahan pula. Sebabkan masa tu memang lansung tak boleh cakap Jepun, Kak Nita ditahan dalam satu bilik, berdua dengan Safiyyah. Hanya Allah je yang tahu masa tu perasaan Kak Nita. Jangan lah kena hantar balik pula. Lama juga dalam bilik tu, lepas isi borang semua, Kak Nita dilepaskan keluar. Alhamdulillah. Tapi sampai sekarang Kak Nita tak tahu kenapa ditahan.

Kadang-kadang kita fikir, life is not fair.
Ada je Kak Nita terfikir, kenapa aku yang hadapi semua ni? Kenapa bukan orang lain? Tapi the more I think about it, the more it makes more sense.

Allah pilih kita, untuk apa saja yang berlaku dalam hidup kita, bersebab. Ianya bukan coincident atau saja-saja. Mungkin, apa yang Kak Nita lalui selama ni untuk jadikan Kak Nita kuat mental & fizikal. Sebab Allah nak “prepare” Kak Nita untuk sesuatu lebih besar. What it is? I don’t know.

Jadi, pada anda semua, walau apa pun stage anda dalam hidup ini, samada tengah tertekan, sedih, putus asa, putus cinta, depress, bersyukur kerana ianya berlaku. Sebab life doesn’t work the way we want it to be, but it works the way how it SHOULD be.

Sentiasa bersangka baik, terutama pada Dia.
InshaAllah .

Sumber : Zunita Ramli