Sejak dulu lagi, isu pembuangan bayi kerap dilaporkan di dada akhbar dan juga di sosial media. Banyak artikel dan juga kempen khas dibuat demi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan perkara ini.
Terdapat banyak sebab perkara ini terjadi di antaranya adalah mengenai aktiviti seks bebas dikalangan masyarakat yang seterusnya membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada juga keluarga yang baru melahirkan bayi namun tidak mampu untuk menjaga mereka kerana terdapat beberapa masalah yang timbul seperti berpendapatan rendah, keluarga terlalu besar dan lain-lain.
Ada yang terpaksa menyerahkan bayi mereka untuk dijaga oleh orang lain namun ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membuang bayi itu. Tetapi adalah tidak wajar membuang bayi yang tidak berdosa itu di tempat yang tidak sepatutnya, yang mungkin boleh mengancam nyawa mereka.
Begitulah kisah sepasang suami isteri yang meninggalkan bayi mereka oleh kerana keadaan yang memaksa.
Menerusi video di TikTok, difahamkan sepasang suami isteri bertindak untuk meninggalkan bayi mereka di depan pintu pagar surau oleh kerana masalah ekonomi yang dihadapi mereka.
Dalam video itu, pasangan tersebut turut menyertakan nota sampingan pada bayi mereka buat sesiapa yang menjumpainya.
“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia.”
“Kami sangat-sangat berterima kasih.”
Bayi yang ditinggalkan itu dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain seperti selimut, tisu basah dan susu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keputusan yang terpaksa dibuat oleh suami isteri berkenaan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang dilihat seperti memahami tindakan pasangan itu apabila segala keperluan bayi dan nama telah disediakan lebih awal.
Sumber: TikTok @boboy9077
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club