“Kami Sekeluarga Di Pantai Sambut Hari Lahir Anak…”-Kegembiraan Bertukar Tragedi, Anak Lemas Ditarik Ombak!

Share

Meraikan sambutan hari lahir bersama keluarga pastinya menjadi momen yang indah untuk dikenang. Namun malang tidak berbau, kegembiraan sebuah keluarga yang berasal  dari Sendayan, Seremban yang menyambut hari kelahiran berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia selepas lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemuk.

Memetik berita yang dilaporkan dikatakan mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, 6, ditemukan anggota penyelamat dalam jarak 10 meter dari persisiran pantai tersebut kira-kira pukul 6.40 petang sebelum diberikan bantuan pernafasan.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.

Bapa mangsa, Muhammad Miqdam Bahtiar, 36, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun seorang lagi anaknya yang berusia tiga tahun.

sumber foto :Kosmo

“Kami sekeluarga sampai pada pukul 3 petang di pantai bagi menyambut hari kelahiran anak saya yang ketiga. Selepas makan, anak-anak saya duduk di tepi pantai untuk bermain air dan saya ada berpesan agar mandi di tepi pantai sahaja.

“Kejadian berlaku agak pantas, tidak sampai beberapa minit, saya lihat anak saya sudah berada di laut. Saya cuba berenang untuk mendapatkan anak saya namun tidak sempat kerana ombak agak kuat.

“Ombak terlalu kuat dan menolak, dan saya juga hampir lemas namun sempat berpaut pada batu,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson hari ini.

Menurut Muhammad Miqdam, ketika kejadian, terdapat orang awam yang turut berenang untuk menyelamatkan anaknya.

“Terdapat orang awam yang membantu namun terpaksa berpaut ke tepi batu kerana ombak kuat.

“Selepas agensi penyelamat datang mereka menjumpai anak saya terapung,” katanya.

Sumber foto : Sinar Harian

Dalam pada itu, dia memberitahu, reda dengan kejadian tersebut dan menerimanya sebagai ketentuan takdir.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dibawa ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban malam ini.

Sumber : Kosmo & Sinar Harian 

 

ARTIKEL MENARIK:Kongsi Tip Hasilkan Jumlah Simpanan Banyak Setiap Bulan, Selepas 17 Tahun Ini Hasilnya Untuk Nikmati!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

.