Perkongsian Doktor Hana Hadzrami ini bila pertama kali upload gambar dalam full PPE suit yang khusus untuk dipakai ketika hendak melakukan prosedur yang berisiko tinggi melibatkan aerosol virus, memberikan pelbagai reaksi warganet.
Ada yang berasa sayu, simpati dan tidak kurang juga terus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan keselamatan barisan frontliners menentang Covid-19.
Pengorbanan yang dilakukan oleh barisan doktor dan seluruh frontliners dalam memberikan khidmat dan rawatan kepada pesakit Covid-19, nyata begitu besar hingga tidak ternilai.
Sanggup mempertaruhkan nyawa, kerana mereka percaya seseorang perlu lakukannya dan merekalah yang paling mahir dalam hal tersebut.
Ikuti perkongsian penuh daripada Doktor Hana Hadzrami ini.
Inilah pertama kali saya upload gambar saya dalam full PPE suit. Ada banyak gambar tapi sebab semua hodoh, malas nak tunjuk.
Ada yang rupa teletubbies, ada yang macam Alien vs Predator. Kejap alien, kejap predator.
Ads
Yang saya pakai dalam gambar ni lain sikit dari full PPE biasa kerana ada respirator penapis udara (powered air purifying respirator: PAPR). Sebab tu gelembung lain macam sarung kepala dia.
Kami akan pakai sut ini bila nak lakukan prosedur yang berisiko tinggi melibatkan aerosol virus. Contohnya nak masuk atau keluarkan tiub pernafasan. Atau nak buat open suction pada tiub pernafasan yang tersumbat plak kahak (closed suction memang tak jalan) dan bila nak ambil sampel kahak pesakit ICU.
Pekerja kesihatan kalau terdedah pada aerosol yang tinggi paras virus memang lebih teruk kesannya berbanding jika hanya duduk sebilik dengan pesakit Covid. Ibarat terpercik gulai berbanding terjun dalam kawah gulai Covid.
Ads
Berisiko jadi arwah dalam masa singkat.
Adakah kami risau? Ya. Adakah kami menyesal lakukan ini? Tidak.
Kami sanggup buat kerja ini sebab seseorang perlu lakukannya. Dan kami paling mahir lakukannya.
Semua orang ada kerisauan masing-masing.
Ibu-ibu risaukan keadaan rumah dan kesihatan ahli keluarga. Para ayah pula risaukan cukup ke tidak perbelanjaan keluarga. Pekerja risaukan kehilangan pekerjaan dan keperluan hidup. Para boss pula risaukan tiada pendapatan nak bayar pekerja dan sewa kedai. Para cikgu dalam pada duduk rumah jaga anak, perlu teruskan kelas secara online juga.
Ads
Pendek kata semua orang ada tugas dan fungsi dalam dunia.
Jadi kita teruskanlah hidup, berusaha dan berharap.
Pada yang duduk rumah patuh PKP, syabas. Buatlah hobi yang anda suka asalkan kekal siuman.
Saya pun seronok melihat apa yang kawan-kawan Fb saya lakukan sepanjang PKP. Tengok resepi yang berjaya dibuat, aktiviti anak masing-masing, surah yang berjaya dihafal, buku yang habis dibaca, filem yang ditonton, rekod senaman yang berjaya dipecahkan dan sebagainya.
Memenuhi masa terluang di rumah sebenarnya banyak perkara boleh kita lakukan bersama seisi keluarga.
Mungkin jika ada yang buntu, apa kata mencuba untuk bertanam sayur-sayuran di laman rumah.
Banyak jenis sayur boleh ditanam dan menarik untuk dicuba seperti tanam kobis bulat umpamanya.
Bayangkan dengan melihat pokok kobis hidup segar seakan kumtuman bunga hijau yang bersaiz giant memang nampak cukup mengujakan.
Bahkan dengan menanam kobis secara tidak langsung mencantikkan landskap kediaman dengan gaya yang tersendiri.
Jadi, untuk realisasikan impian memiliki laman dihiasi pokok kobis yang memukau jom ketahui langkah demi langkah menanamnya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Maimun Jusoh.
STEP 1
Dapatkan biji benih dari nursery atau sumber tertentu. Tabur dalam bekas ssperti ini. Siram setiap hari dan usia 3 minggu dah boleh alih ke pasu.
STEP 2
1 pokok 1 pasu gunakan tanah hitam, siram 2 kali sehari. Pastikan tanah sentiasa lembab. Direct matahari ok je. Guna baja organik 2 kali seminggu. Tabur je dalam pasu tu.
STEP 3
Dah besar dah dia, 6 minggu pastikan dibuang daun-daunnya bahahian bawah yang dah kuning-kuning tu. Jimat baja. Boleh letakkan rumput yang dimesin untuk kekalkan kelembapan tanah.
STEP 4
Boleh tanam di dalam pasu juga atau di atas tanah sekiranya ruang cukup.
STEP 5
Setelah 3 bulan, hijau dan subur. Pastikan air cukup untuk pembesaran buah,nanti isinya pejal dan crunchy. Sedap.
STEP 6
Haa …tanam banyak-banyak dalam pasu. Ubah suai ikut ruang yang ada di rumah. Cantik sahaja dipandangan mata.
Majlis perkahwinan merupakan momen terindah yang dimiliki oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kerana itulah yang akan mengingatkan kita pada hari bersejarah.
Hari di mana bermula detik memasuki fasa baharu dan foto-foto itulah nanti yang akan ditunjukkan kepada anak cucu sebagai mengingati detik manis sebuah keluarga.
Namun berbeza dengan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi, baru-baru ini mereka telah bersanding sekali lagi dengan lengkap berpakaian pengantin selepas 15 tahun melayari bahtera rumah tangga kerana mahukan foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat.
Memetik Kosmo, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” katanya.
Menurut Lisdawati lagi, untuk persandingan mereka kali kedua ini dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” katanya.
Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.
“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.
Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Lisdawati turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.
Seni merupakan suatu keindahan. Tidak semua antara kita memiliki bakat seni dalam diri. Lantaran itu seni itu adalah suatu gambaran yang unik dan istimewa buat yang melihat hasil bakatnya.
Bakat seni bukan hanya merujuk kepada peghasilan lukisan semata tetapi ia juga dari pelbagai sudut. Ia termasuk meghasilan sebuah potret dengan mengunakan rubik cube.
Tular sebuah video pengguna TikTok , Zabli menghasilkan potret pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Shuib dan arwah isterinya, arwah Siti Sarah Raisuddin. Potret berkenaan mengunakan kira-kira 400 buah rubik cube.
Meninjau video lelaki berkenaan mendapati, kepantasan tangannya menukar warna rubik cube menjadi sama begitu mengkagumkan.
Ramai warganet melahirkan rasa kagum kreativiti yang dimiliki oleh lelaki berkenaan. Siapa sangka, hanya menggunakan rubik cube boleh menghasilkan sebuah potret yang unik. Sungguh inspirasi!
“400 rubik’s cube belum sampai. Tunggu seminggu.”
Merujuk ruangan komen, rata-rata para netizen memberi pujian bakat luar biasa lelaki itu.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...