“Kami Pasangan PJJ, Video Calls Jadi Penghubung.” Hamil 7 Bulan Balkisyh Alahan Teruk Trimester Pertama,  Rindu Bau Suami

Share

Pelakon Balkisyh Semundur Khan berkongsi berita gembira kini sedang hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria.

Kandungannya yang kini memasuki trimester ketiga, pelakon Lockdown ini mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.

“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.Menurutnya lagi, suami adalah insan paling teruja apabila mengetahui Balkisyh sedang hamil.

“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.

“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.

“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulah  namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya lagi.

Dia dalam pada itu mengakui kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.

“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.

“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.

“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.Pasangan ini mendirikan rumahtangga  pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

Sumber: Media Hiburan