Hati mana yang tidak sebak apabila setiap hari berdepan dengan cabaran merawat pesakit Covid-19 yang unit rawatan rapi (ICU) yang kebanyakkannya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, ventilator.
Begitulah yan situasi yang dihadapi oleh kebanyakkan pegawai perubatan yang bertugas di unit ICU.
Biarpun penat seharian tanpa henti menguruskan rawatan, namun tugasa menentukan siapa pesakit yang layak menerima mesi bantuan pernafasan adalah suatu yang sukar.
Ikuti perkongsian yang menyentuh hati oleh Dr Hana Hadzrami menerusi facebook miliknya.
__________________________________
Tahu tak apa yang membuatkan kami lelah?
Bukan kerana perlu pakai PPE dan mandi 5-6 kali sehari. Bukan juga kerana menjaga beratus pesakit kritikal kategori 4 & 5 setiap hari.
Tetapi kerana perlu buat keputusan, pesakit mana satu kami kena pilih untuk berikan ventilator terakhir kami setiap hari.
Adakala setelah kami susah payah saring dan pilih seorang dari 20 pesakit untuk ventilator terakhir kami, tiba-tiba datang pula seorang pesakit yang lebih muda, lebih kritikal dan lebih layak untuk ventilator tadi.
Namun apakan daya. Tiada ventilator untuk dia buat hari itu. Terlewat beberapa minit. Dah jadi rezeki orang lain.
Jaga kesihatan keluarga: Tawaran Monitor tekanan darah dan pelbagai lagi tawaran menarik di sini.
KESAN TIADA BANTUAN VENTILATOR
Tahukan apa akan jadi pada mereka yang tak dapat bantuan ICU atau ventilator pada saat kritikal itu? Umpama dijatuhkan hukuman mati penuh siksa.
JADI IGAUAN PEGAWAI PERUBATAN
Bayangkan mereka itu adik beradik kita, ibu bapa kita, tuan puan.
Kami bila habis on call dan pulang ke rumah akan asyik teringat dan rasa bersalah.
Betulkah pilihan yang aku buat semalam? Patutkah aku beri ventilator pada pakcik tu? Atau pada adik tadi? Lambat sangat kah aku bawa pesakit tadi masuk ICU? Patutkah aku switch-off lebih cepat ventilator makcik yang tiada harapan hidup, untuk memberikan katil ICU itu buat pakcik yang dah lama menunggu?
Moga kisah ini menjadi iktibar untuk masyarakat kekal di rumah. Keluar bila perlu sahaja.
Sumber: Hana Hadzrami
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club