Selepas selamat disatukan pada tanggal 13 Oktober lalu, pasangan selebriti Sabri Yunos dan isterinya, Ardini Angeline Tan terus diraikan dalam majlis resepsi perkahwinan mereka.
Siapa menyangka rezeki yang datang bukan biasa-biasa malah rupanya pasangan ini menerima lebih tujuh tajaan untuk meraikan hari bahagia mereka meskipun hampir sebulan mendirikan rumahtangga.
Sabri berkata dia amat bersyukur dan tidak menyangka apabila dapat bersanding lagi dan kesemua majlis tersebut ditaja sepenuhnya.
“Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.
“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” katanya yang turut bersyukur dengan rezeki yang diterima.
Tidak hanya dua persandingan sebelum ini, bahkan pengantin baru ini turut sama bakal diraikan dalam beberapa majlis lagi dalam masa terdekat ini termasuk di negeri kelahirannya, Kelantan.
Malah tambah Sabri lagi, ada tiga lagi majlis yang belum diberi kata putus lagi dan ada satu lagi majlis resepsi besar di Kelantan.
“Ada lagi majlis lusa kemudian di KL ada tiga lagi dan saya belum comfirm. Kelantan ada satu lagi, itu resepsi besar,” katanya.
Dalam pada itu, Angeline turut terharu apabila majlis perkahwinan mereka diraikan dengan baik oleh penaja dan penganjur.
“Total semuanya tujuh majlis. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita dan kita sangat hargai dan terharu,” katanya bersyukur.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club