“Kamek Sayang Kitak.” Selepas 2 Tahun, Fizo Omar Tamatkan Zaman Duda. Gadis Sarawak Jadi Suri Hati. Tahniah!

Share

Berita mengenai pelakon Fizo Omar yang telah selamat menamatkan zaman dudanya mengundang perhatian ramai.

Dia Sebelum itu memuat naik sekeping gambar bersama anak perempuannya dengan berpakaian baju melayu putih.

Kapsyennya menarik perhatian ramai,namun empunya diri tidak mengulas lanjut. Namun dalam hantaran terbarunya di instagram,  Fizo berkongsi foto indah hari bahagianya.

Mengenakan persalinan sedondon putih, gambar-gambar yang dikongsikan menerima titipan tahniah dari wargamaya.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz dari Sarawak dan difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan mesra Faz pernah bertugas sebagai pramugari sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan ucapan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai.

almynadiaofficial Tahniah abe jo @fizoomar selamat pengantin baru
iamellymazlein Alhamdulillah Tahniah Abe Jo & Isteri
nazimothman @fizoomar Alhamdulillah.. dipermudahkan. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah. 🙌 #idolasaya
kupu_kupu Fuhhh kelante and sarawakkkk!! Congratulations babe!❤️
ninajuren @fizoomar tahniah Fizo. Selamat pengantin baru
lerntiq_myraa
Alhamdulillah tahniah @fizoomar serta isteri.. Semoga berbahgia hngga ke Jannah.. Amin yarabbalalamin 😍😍
mieemiee_88 Tahniah Fizo & isteri.. Sama cantik sama pdan 👏👏

Sumber: fizoomar

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!