Kamal Adli dan Uqasha Senrose sambut anniversary ke-3, “Tahun special sikit sebab ada si kecik ni..” Kamal Adli menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 bersama isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh.
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sambut Anniversary Ke-3
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli di laman Instagramnya, Kamal menitipkan ucapan romantik buat Uqasha atas pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Tahun Special Sikit Sebab Ada Si Kecik Ni..”
Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni.. Ya Allah rahmatilah hubungan kami.. Selamatkan kami.. Bukakan pintu-pintu rezeki hebat buat kami..
Tq soo much pada @uqashasenrose2 sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat daripada Allah ni..awak ibu dan isteri yang hebat.. Sama-sama kita jaga dan besarkan dan pelihara hubungan ini Insya Allah.. I love you so much.
Tq so much pada yang doa baik-baik buat kami.. Yang kurang daripada kami yang baik segalanya dari Allah. – tulis Kamal.
Uqasha juga turut memuat naik satu video dalam satu hantaran di laman Instagramnya.
Selamat ulang tahun ke-3 sayang. Thank you for everything, thank you for being a good husband and good father to our daughter. Semoga Allah lindungi keluarga kita amin .. sayang I love you and our little princess so much.- tulis Uqasha.
Kamal berharap agar dia dan Uqasha bersama-sama menjaga mahligai yang telah dibina. Dalam masa sama juga, Kamal turut menzahirkan rasa cinta terhadap suri hatinya itu.
Sebelum ini, Uqasha menafikan spekulasi mendakwa rumah tangganya dan suami, Kamal Adli sedang bergolak.
Jelas Uqasha, setiap perkahwinan pasti berdepan dengan ujian masing-masing. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri menghadapi ujian dalam rumah tangga.
Untuk info, Kamal dan Uqasha telah diijab kabulkan pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April yang lalu.
Pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya, Mohamad Eidrees sempena hari kelimanya.
Menerusi perkongsian video Anzalna di Instagram, ibu cantik jelita ini dilihat melakukan trend meminta Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.
Paling beruntung, Eidrees memilih pilihan wang RM10,000 yang diberikan ibunya.
“‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.
“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bahkan tangan bertuah Eidrees memilih dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota. Memang terbaik.
Raikan anak yatim
Tidak hanya berbelanja untuk meraikan anak sulungnya itu bahkan kata Anzalna, lebihan wang itu juga akan turut disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti kebiasaan dilakukannya setiap kali hari lahir Eidrees.
“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna menganggap Eidrees anak yang cukup bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2.
Jika hendak menyambut hari raya biasanya, kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk mencuci barang kemas agar kelihatan baru dan berkilat. Biasanya jika pergi ke kedai pastinya akan dikena upah cuci barang kemas. Oleh sebab itu, ramai yang akan membuatnya setahun sekali.
Tetapi dengan petua yang dikongsi oleh puan Lyza Norliza memberikan panduan yang amat berguna untuk dipraktikkan.Tak perlu tunggu hari raya. Boleh cuci bila-cila masa. Confirm nampak baru dan bersinar. Boleh lah kita berjimat cermat.
MUDAHNYA CUCI BARANG KEMAS
Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.
Caranya mudah, hanya dengan menggunakan cecair pencuci Sunlight dan berus gigi sahaja. Nak guna asam jawa pun boleh juga.
Pertama, rendam dulu dengan air suam dan tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada emas anda.
Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah terkangkang itu sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk seorang peniaga kedai makan mendakwa menjumpai ketulan lilin seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus.
Situasi yang berlaku di Kemaman Terengganu kecoh apabila Aida, 41 tahu yang juga merupakan anak nelayan di Kemasik menemui objek yang disangka sampah itu ketika memancing bersama keluarganya, baru-baru ini.
“Saya temui objek itu terapung kira-kira 11 malam. Saya ingat sampah dan saya tarik benda itu dengan kayu dan menariknya ke tepi tebing.
“Keesokan harinya saya pergi semula ke kawasan itu, benda itu masih ada sebelum saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemasik.
Mengeluarkan bau yang wangi
Kejadian itu dimaklumkan kepada ayahnya yang juga merupakan seprang nelayan.
“Saya sangat terkejut kerana ayah mendakwa objek yang saya jumpa itu itu jarang ditemui di negara kita.
“Ayah cuba membakar sedikit objek itu dan benda itu meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,” katanya yang juga seorang pengusaha sebuah kedai makan di Kemasik.
Sedia bekerjasama untuk ujian makmal
Menyedari objek yang dijumpai itu dikatakan bernilai tinggi, dia sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menjalankan ujian untuk mengenal pasti kesahihan objek itu yang dikatakab sebagai muntah paus.
“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan dan kualiti terhadap benda yang saya temui ini.
“Saya tahu kos untuk menjalankan ujian makmal adalah tinggi dan saya sanggup bekerjasama demi mengesahkan ketulenannya,” katanya.
Untuk makluman, Februari lalu, seorang nelayan berusia 20 tahun dari Thailand menemui muntah ikan paus atau ambergris di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand bernilai 210,000 Pound (RM1.16 juta).
Remaja lemas dalam tali air, "Bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis." Itu yang diceritakan oleh Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah, 14, yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.