Kekeluargaan

Kamal Adli Tersentuh Hati, Mohon Maaf Pada Uqasha Selepas Kelahiran Hawra

Share

Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi detik penuh makna bagi setiap pasangan suami isteri. Saat indah ini juga sedang dirasai oleh pasangan pelakon terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Kelahiran puteri sulung mereka, Hawra Uqaira, bukan sahaja menjadi penguat cinta mereka tetapi juga membawa pengalaman baru bagi Kamal dan Uqasha dalam peranan sebagai ibu bapa. Walaupun pada fasa awal ini terdapat cabaran yang menguji kesabaran, Kamal tetap berusaha yang terbaik serta tabah dalam menguruskan anak kecil mereka dengan penuh kasih sayang.

Setiap tawa dan tangisan Hawra membawa makna baru, mengajarnya tentang cinta yang tak bersyarat dan pentingnya kehadiran cahaya mata dalam hidup. Proses menjadi ayah bukanlah perjalanan yang mudah, tetapi Kamal merasakan kedewasaan yang luar biasa. Ia bertekad untuk menjadi kekuatan buat puterinya dan menghadapi setiap cabaran dengan semangat baru. Bersama Hawra, ia menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih bahagia.

Setiap detik bersama Hawra mengajar Kamal erti cinta, kasih sayang, dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Lebih manis, Kamal turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial. Ikuti pengalaman dan luahan hati Kamal yang baru sahaja bergelar bapa.

Menurut Kamal, kehadiran anak perempuan Hawra Uqaira, telah membawa perubahan besar dalam hidupnya. Menjadi seorang bapa membuatkan Kamal lebih matang dan bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian.

Kata Kamal perjalanan untuk menjadi seorang bapa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia memberikan peluang kepadanya untuk membesar secara peribadi dan lebih dewasa dalam setiap tindakan.

Kamal tekad untuk menjadi sumber kekuatan buat anak perempuannya dan menghadapi setiap cabaran yang datang dengan semangat yang baru. Bersama Hawra, Kamal menemukan kekuatan dalam cinta dan harapan, bersedia menghadapi masa depan yang lebih cerah dan bahagia.

Mohon Maaf Pada Uqasha

Selepas Uqasha melahirkan anak, Kamal menjelaskan bahawa tidak menerima sebarang tawaran kerja selama tiga bulan bagi memberikan tumpuan penuh kepada Uqasha dan anak mereka. Kini, beliau baru sahaja memulakan semula aktiviti kerjanya. Walaupun jadualnya sangat padat, beliau tetap berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Selepas Uqasaha bersalin, saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ‘job’ selama tiga bulan untuk memberi tumpuan penuh kepada Uqasha dan anaknya. Kini saya baru nak mula kembali bekerja. Walaupun jadualnya sangat padat, saya sentiasa berharap dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Dalam pada itu, Kamal mendedahkan Uqasha sangat menjaga anaknya, Hawra terutama aspek kebersihan untuk memastikan kesihatan anaknya yang masih kecil.
“Uqasha, akan memastikan sesiapa sebelum memegang Hawra, kena cuci tangan dulu.

Dalam pada itu, Kamal Adli mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada isteri tersayangnya tidak dapat bersama sepanjang masa dalam tempoh kehamilan anak sulungnya disebabkan faktor kerjanya.

“Saya ingin memohon maaf kepada isteri saya. Sepanjang tempoh kehamilannya, saya sering terpaksa outstation untuk penggambaran, menyebabkan Uqasaha sering ditinggalkan.

“Saya benar-benar minta maaf dan berterima kasih kepada Uqasaha kerana menjaga Hawra dengan begitu baik sepanjang dalam kandungan, walaupun ada masa-masanya dia mengalami emosi yang tidak menentu.

“Secara jujur, saya ingin memohon maaf. Saya yakin Uqasaha mampu menjadi ibu yang terbaik,” luah Kamal dengan telus.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga  pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, selain Uqasha juga sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama Uqasha keguguran ketika dia mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan yang kedua pula pada November 2022.

 

IKLAN