Kalut Nasi Yang Di Tanak Jadi Lembik Kerana Terlebih Air, Masuk ‘Bahan’ Ini Terus Menjadi

Share

Ramai jadi kalut bila nasi yang ditanak tiba-tiba lembik sebab tak perasan terletak terlebih air. Akibatnya, ramai yang buang nasi tersebut atau jadikkannya sebagai bubur.

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu, nasi lembik ini masih lagi boleh diperbaiki dengan meletakkan hanya satu bahan sahaja.

Terus jadi seperti nasi biasa dan udah boleh dimakan.

Petua ini telah dikongsi oleh seorang pengguna di Facebook dan mendapat perkongsian yang sangat tinggi.

Bukak je periuk nasi, tengok nasi dah lembik semacam. Biasanya boleh jadi macam ni sebab baru tukar beras jenis lain daripada yang kita biasa masak. Takpun tadi masa masak nasi tu ‘kurang fokus’ (baca: berangan) sampai tak sedar dah terlebih bubuh air. ehe.

Apapun alasannya, nasi dah menjadi bubur. So, sekarang macam mana? Bagi yang suka makan bubur tu bolehlah layankan aje dan makan nasi yang ala-ala bubur tu.

Tapi dibuatnya kita masak untuk tetamu khas atau mak mertua ke, haru juga kan…Jadi, apa kata cuba guna petua nasi lembik yang simple sangat ni. Guna roti je!

Rata-rata orang cakap memang menjadi sebab ramai dah cuba sendiri dekat rumah. Jom kita tengok caranya.

PETUA ATASI NASI LEMBIK GUNA ROTI KEPING
Bila termasak nasi lembik, ini langkahnya untuk ‘keraskan’ nasi tu semula.

1. Ambil Beberapa Keping Roti
Mula-mula ambil 2-3 keping roti dan letakkan saja roti tu (contoh: Gardenia) di atas permukaan nasi.

2. Tutup Semula Periuk
Kemudian tutup tudung periuk. Kalau yang masak atas api, buka api perlahan. Kalau yang masak nasi dalam rice cooker, biarkan nasi tu dalam mod keep warm.

3. Biarkan Beberapa Minit


Biarkan sekejap lebih kurang 20-30 minit macam tu. Kemudian pergi tengok semula nasi dalam periuk. Serius nasi tadi tu dah tak lembik lagi!

SENANG KAN?

Yang dah cuba pun kata petua ni memang berkesan.

Tak sangka, senang sangat rupanya nak atasi masalah nasi lembik ni kan? Guna roti je. Senanglah nak masak nasi lepas ni, tak risau jadi bubur lagi. Selamat mencuba!