Kalian Mungkin Tidak Sesempurna Insan Biasa. Tetapi Berbahagialah Menjadi Anak Sindrom Down, Kerana Kalian Adalah Bunga Syurga.

Share

Kisah wanita ini pernah penulis kongsikan sebelum ini apabila dia mengambil anak angkat istimewa. Anak kecil bernama Nadira ini mempunyai masalah Sindrom Down dan kini telah  berusia 11 tahun.

Sempena Hari  Sindrom Down Sedunia yang disambut setiap 21 Mac ,Puan Mona Din sekali lagi memuat naik satu perkongsian mengenai anak istimewanya itu.

Nadira ditinggalkan ibu kandungnya di hospital usai melahirkannya, menyebabkan anak kecil ini hidup terbuang di beberapa buah Pusat Kebajikan Masyarakat selama 10 tahun. Sehinggalah Puan Mona mengambilnya sebagai anak angkat.


21Mac2019
Selamat Hari Down Sindrom Sedunia

Hari ini, mama terkenang aruah KMa.. [ Al Fatihah]

Selamat Hari Sindrom Down Sedunia juga buat anakanda Saidatul Nadira Aqila.

Allah sesungguhnya telah mengatur,
hadirmu dalam keluarga mama sejak 9 bulan 24 hari lalu,
membawa kembali bahagia itu,
bahagia pernah memiliki aruah KMa,
anak syurga bersindrom down,
seperti dirimu juga…

Mmiliki anakanda berdua,
mengajar mama terlalu banyak perkara..;

Kalian ingatkan mama erti sebuah nikmat,
Kalian ingatkan mama erti sebuah syukur,
Kalian ingatkan mama erti sebuah sabar,
Kalian ingatkan mama erti sebuah keikhlasan,
Kalian ingatkan mama erti merendah diri,
Kalian ingatkan mama erti sebuah kesetiaan,
Kalian ingatkan mama erti menghormati sesama insan,
Kalian ingatkan mama setiap manusia punya kelemahan,
Kalian ingatkn mama setiap insan punya kelebihan,
Kalian ingatkan mama sifat mnerima sesama insan,
Kalian ingatkan mama sikap redha menerima dugaan tuhan,
Kalian ingatkan mama erti kasih sayang tanpa sempadan…

Kalian mungkin tidak sesempurna insan biasa. Namun ketahui lah, ketidaksempurnaan itu lah yang menjadikan kalian istimewa, yang membebaskan kalian dari sebarang dosa, lalu menjamin tempat mu d taman syurga..

Sedang kesempurnaan mama pula, hari-hari bersulam dosa, belum tahu akan ke mana….

Maka berbahagialah menjadi anak down sindrom, jangan sesekali merasakan dirimu kurang, kerana sesungguhnya,  kalian adalah bunga-bunga syurga.

 

Selamat Hari Down Sindrom Sedunia

Sumber: Mona Din