Sebelum ini media ada melaporkan mengenai Ali Puteh yang memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, yang dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, anak perempuannya itu dilaporkan mempunya masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.
Semalam, Ali memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang membuatkan ramai sebak. Di dalam perkongsian tersebut, Ali memberitahu itu merupakan gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.
Salam semua..ni gambar pagi td sebelom adik ainul operation..kali pertama kami dpt bergambar satu family…kepada yg bertanyakan anak sy ainul mardhiah…
“Jam 8pagi td msuk operation dan selesai jam 8malam td…12 jam menunggu..dengan rasa berat hati..anak sy mengalami komplikasi pada paru2 die..dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan.
“Doctor dah cuba sedaya upaya..semuanya bergantung pada bantuan pernafasan…harap ada sinar buat anak walid dan ibu..harap ade keajaiban dari allah yg maha esa..doakan adik ainul kuat.
Semoga adik Ainul cepat sembuh dan kepada Ali dan keluarga, banyakkan bersabar dengan ujian ini.
Sumber: IG aliputeh89