Sebelum ini media ada melaporkan mengenai Ali Puteh yang memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, yang dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, anak perempuannya itu dilaporkan mempunya masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.
Semalam, Ali memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang membuatkan ramai sebak. Di dalam perkongsian tersebut, Ali memberitahu itu merupakan gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.
Ads
Salam semua..ni gambar pagi td sebelom adik ainul operation..kali pertama kami dpt bergambar satu family…kepada yg bertanyakan anak sy ainul mardhiah…
“Jam 8pagi td msuk operation dan selesai jam 8malam td…12 jam menunggu..dengan rasa berat hati..anak sy mengalami komplikasi pada paru2 die..dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan.
Ads
“Doctor dah cuba sedaya upaya..semuanya bergantung pada bantuan pernafasan…harap ada sinar buat anak walid dan ibu..harap ade keajaiban dari allah yg maha esa..doakan adik ainul kuat.
Membuat karipap bukan sahaja perlu tahu resipinya untuk dapatkan rasa yang enak malah perlu tahu seni klim karipap dan teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan karipap yang terlihat cantik dan memiliki kulit pastri yang rangup. Ini sekali gus akan menjadikan karipap yang terhidang begitu sempurna untuk dinikmati.
Meninjau perkongsian di group Masak Apa Hari Ini, puan Rohana Muhammad berkongsi resipi dan rahsia untuk mendapatkan karipap yang bukan sahaja enak, cantik kulitnya malah kekal rangup seharian bila betul cara dan teknik menggorengnya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang ramai teruja untuk mencubanya.
Jadi apakah sebenarnya rahsia atau cara menggoreng karipap yang dimaksudkan oleh Rohana Muhammad ini. Nak tahu lanjut, baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
Inti
4 biji ubi kentang yang sederhana besar
Sebiji keledek yang juga sederhana besar..saya campur keledek dan kentang untuk dapat rasa yang manis dan srtuktur inti yang cantik, potong dadu.
Sedikit isi ayam dan cincang kalau suka isi daging atau udang kering pun boleh.Terpulang.
Sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang atau diketok
2 sudu serbuk kari Babas
Sesudu besar cili boh
Beberapa helai daun kari
Garam dan gula
Cara memasaknya :
Tumis bawang besar dan bwng putih serta cili boh hingga wangi…daun kari sekali…masukkan rempah kari…setelah garing, masukkan isi ayam…bila sudah sebati..boleh masuk kan kentang dan keledek…masulkan air sama paras dengan kentang…perasakan…bila hampir kering…
kacau dan lenyek-lenyekkan sedikit…masak hingga kering…masukkan daun sop dan daun bwng ( jika suka)
Untuk kulit
4 cawan tepung gandum( dapat 45 biji..saiz sederhana yang orang jual 5 biji RM 2)
3 sudu besar marjerin…sedikit minyak
Masak marjerin dan minyak hingga berbuih, angkat dan tuang kan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu sebab panas dan bila sejuk bolehlah gaul dengan tangan. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
Tuangkan air yang telah dimasukkan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh. Biarkan seketika, selepas itu bulatkan saiz kecil (agak agak).
Canai, bubuh inti dan kelim.
Teknik Goreng Untuk Dapatkan Kulit Rangup Seharian
Masuk kan minyak ke dalam kuali, buka api dan terus masukkan karipap. Mula goreng dengan minyk yang masih sejuk baru dapat kulit yang flowless gitu dan kena ‘main api’. Bila sudah siap gorengan pertama, tutup dulu api sebelum masukkan yang kedua. Kalau masukkan dalam minyak yang panas kulit akan jadi berkerutu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kerepek yang rangup dimakan tidak dinafikan menjadi kudap-kudapan yang ramai menggemarinya. Apatah lagi dengan rasanya lemak masin dan manis, pasti sahaja dengan mudah dapat melekakan ketika dimakan. Sedar-sedar kerepek habis sebalang dimakan sama ada ketika bersembang, membelek telefon atau menonton televisyen.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan kerepek yang istimewa dihasilkan daripada labu sepertimana yang dikongsikan oleh Nomie Harun. Menurutnya, kerepek labu yang dimasak akan mempunyai rasa lemak manis walau pun tanpa meletakkan garam.
Buat anda yang belum pernah merasa keenakan kerepek ini, bolehlah mencubanya untuk dijadikan antara menu kudap-kudapan untuk keluarga. Selamat mencuba.
KEREPEK LABU
BAHAN-BAHAN
Labu
Minyak masak
CARA-CARA;
1.Potong labu ikut ira lekok labu.
2.Buang biji
3.Kupas kulit agak-agak kulit tu jangan tebal, agak-agak masih ada warna hijau dekat labu tu.
4.Guna penyagat dan sagat nipis-nipis
5.Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
6.Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang di tos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca. Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup.
Benarkah anak tunggal selalu dimanjakan sehingga menjadikan mereka kurang berdikari dan terlalu bergantung? Di waktu anak masih kecil, anak tunggal mungkin dilihat lebih manja, namun lama kelamaan anak tunggal semakin memperlihatkan dirinya yang sebenar malah tampil menjadi insan yang amat berdikari.
Hal ini turut diakui oleh Pakar Motivasi dan Coach Bertauliah, Dr Tengku Asmadi yang turut sama berkongsikan hal yang sama.
Malah akuinya lagi, anak tunggal sememangnya anak yang berjaya malah pandai berdikari biarpun dianggap manja oleh orang lain.
“Kalau kita katakan anak tunggal adalah anak yang terlebih dimanjakan, nak apa semua dapat, tapi saya juga nak kongsikan anak tunggal adalah anak yang pandai berdikari malah cemerlang.
“Malah ada yang saya jumpa anak tunggal yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik, akademiknya bagus dan dari segi agamanya juga bagus.
“Jadi disini bukan soal anak itu tunggal atau pun memiliki adik beradik ramai, sebaliknya cara kita mak ayah membesarkan anak itu sendiri.
“Misalnya, dengan anak tunggal pun, apa jua yang anak minta kita jangan terus beri dan biarkan anak berusaha untuk memperolehinya.
“Bukan hanya soal kewangan tapi biar anak berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkannya. Latihlah anak kita sebegitu.
“Biar anak belajar dalam hidup ini, apa jua yang dia mahukan perlu berusaha agar anak tak terlebih manja.
“Kalau kita bijak mengendalikan anak tunggal kesayangan kita, soal terlebih manja tidak akan berlaku malah kita sebenarnya sedang membina watak dan peribadi seorang anak yang kuat,” kongsinya lagi.
Ini pula antara ciri-ciri anak tunggal yang sememangnya pandai berdikari malah punya watak dan disiplin diri yang tinggi berbanding orang lain.
1.Teratur dan cepat matang
Anak tunggal biasanya menunjukkan mereka mempunyai sifat cerewet yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik. Senang cerita, mereka suka menyusun atur jadual kehidupan seharian dengan teliti supaya tidak serabut.
Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajar mereka untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
2.Berdikari
Orang yang berdikari tidak akan melabel mereka seorang yang berdikari jadi itulah yang sering dilakukan oleh seorang anak tunggal. Jika dikatakan manja, semua anak akan manja ketika masih kecil namun apabila meningkat dewasa mereka berdikari secara sendiri tanpa ‘menghebohkan’ kepada orang luar.
3.Bijak dalam akademik dan bakat tertentu
Disebabkan anak tunggal juga sering menjadi harapan mama papa, mereka akan berusaha untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan. Justeru, anak tunggal cenderung untuk berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi kerana mendapat perhatian yang penuh.
4.Suka berjalan
Ini merupakan antara karakter yang paling betul iaitu anak tunggal lebih suka berjalan-jalan dan tidak terperap di rumah. Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan bukan sahaja di kawasan sekitar malah suka melancong ke luar negara! Mereka suka mencuba benda baharu dan tidak suka dikawal.
Siapa cakap mereka anti-sosial kerana anak tunggal lah yang bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.